Keputusan rasmi Anugerah Skrin 2011

by

Golden Glamour… huh kelas kau Jah! Ha, kalau nak tahu, tulah tema Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang telah berlangsung pada 4 November 2011 baru-baru ni.  Toksah cakap banyak, yang penting, artis Malaysia yang datang ke majlis berprestij ni, baju dia, anting-anting dia, kasut dia, semua warna emas berdelau, sampai berpinar-pinar mata Belakang Parang dibuatnya! Walau apapun, Anugerah Skrin sentiasa  memberikan yang terbaik untuk peminat seni lakon tanah air Malaysia.


Ada yang menang besar malam tu, ada jugak yang kalah banyak. Tapi dah namanya, adat resam pertandingan. Takkanlah semua calon nak kasi menang, berpinarlah mata penganjur nak keluarkan hadiah banyak-banyak Mak Enon oi! Ha, yang menang besar sampai tak menang tangan digondol oleh produksi Balang Rimbun Sdn. Bhd yang menerbitkan drama bertajuk ‘Sanggul Beracun’ dengan 4 anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik. Pengarah drama ini ialah Sabri Yunus. Ala yang pelawak old timer Pi Mai Pi Mai Tang Tu.  Stesen Satelit ASTRO menang dengan 12 anugerah manakala stesen Media Prima menang 10 anugerah.

Belakang Parang senaraikan nama pemenang ASK 2011 bagi 23 kategori yang dipertandingkan. Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan Syabas bagi yang Berjaya. Yang kalah tu, tak geti-geti nak study lebih fasal drama & lakonan ke? Lepas ni kena fokus lebih lagi, baru boleh menang!  Mood: J J Silau mata ni tak hilang lagi!

Kategori Drama

1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus

2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’

3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’

6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’

7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’

8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd

9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’

10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd

Kategori Filem

1. 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio

2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’

3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’

6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’

7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee

Kategori Penerbitan Dalaman

1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng

2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah

3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir

4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010

5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show

6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.

Anugerah Khas

1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof

2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’


Sshhh:  Ada yang cakap ASK 2011 tak best, ada yang kata Best gila! Terpulanglah pada selera masing-masing ye Cik Kiah!