Pengacara Anugerah Skrin 2011 membosankan?

by

Bagi Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang diadakan di PWTC, KL, Malaysia baru-baru ini, pengacara yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan majlis berprestij ini ialah Ally Iskandar, personaliti TV3 dan digandingkan dengan pelakon drama paling popular di Malaysia abad ini iaitu jeng jeng jeng… Rozita Cik Wan. Ha, Dengar nama je dah tersebut-sebut perkataan jelita kan? Fuh, belum tengok lagi rupa-parasnya, lenggok badannya ala-ala Mak Minah berjalan, memang Rozita menjadi sebutan dan kegilaan atau fenomena di Malaysia Kak Ngah oi!


Tapi, sebelum majlis ni dijalankan, Belakang Parang ada dengarlah cerita yang tak syok sikit fasal ramai yang tertanya-tanya mampu ke Rozita mengelolakan majlis gah tu? Tak tersasul ke nanti? Apapun, pemilihan pengacara telah dibuat dan hasilnya mestilah dinanti-nantikan peminat drama & lakonan tanah air Malaysia.

Dipendekkan cerita, majlis dahpun berlangsung 4 Nov 2011, Jumaat lalu, rata-rata kecewa dengan cara pengacaraan Rozita. Hai Dek Non, awak ingat senang ke nak mengacara atas pentas secara langsung? Mata semua dok terbeliak tengok awak? Ha, jawablah… Komen je pandai. Yang Belakang Parang sedih, ada yang kata Rozita bajet cun, kaku dan tak serasi bila digandingkan dengan Ally Iskandar yang bertahun-tahun pengalamannya dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana majlis diacarakan secara pasangan, Ally Iskandar pun terbabit sama jadi kaku kerana tak serasi dengan Rozita Cik Wan!

Apapun, Rozita memberitahu pihak media Malaysia, “Saya berdebar sebab perkara yang saya perlu sampaikan itu fakta. Kami terikat dengan skrip dan tak boleh nak buat lawak banyak sangat. Mujur saya tak tersasul apa-apa dan selepas slot kedua, semuanya okay. Walau bagaimanapun, saya lebih selesa kalau skrip itu diselitkan sedikit lawak supaya kami lebih santai.”

Rozita seronok mengacarakan majlis tetapi dalam masa yang sama risau akan jem di atas pentas. Walau apapun, Rozita memang cun mengenakan 2 pasang baju dari Qudyn dan Rizman pada malam itu. Takpe Rozita, ini kali pertama mengacara majlis besar, lepas ni mesti no problem punya! Apapun, Belakang Parang dan sungguh.com terhibur dengan Anugerah Skrin 2011 ini.
Mood:
JJJ Upgrade bakat! Upgrade bakat!

Sshhh: Biarlah orang kata Rozita bajet cun ke, kaku ke, tak serasi ke, janji Rozita Janda Meletup no 1 Malaysia! Kelas kau Ta!