Saiful Apek ditahan kerana ganja

by

Ish ish ish… Dari bulan ke bulan, makan tahun ke tahun, dunia artis Malaysia tak pernah lekang dek gosip hangat. Cerita mereka ni memang laku dek Non! Macam goreng pisang panas gitu. Ada je cerita ceritut yang memeriahkan dunia seni hiburan tanah air Malaysia. Yang artis ni pon satu hal, ada je perkara tak senonoh dibuat. Ha… Bila dah sampai kantoi ke wartawan, maka merebaklah ke seluruh antero, cerita tak enak tentang mereka. Shhh… Koyak betul mulut Belakang Parang!

Siapa tak kenal dengan pelawak terkenal Malaysia, Saiful Apek. Yang mana? Ala yang gitu-gitu tu! Yang lawaknya pada Orang Malaysia kelakar bebenar tu! Kalau tak kenal, jugak, tepuk dahi Belakang Paranglah alamatnya. Gini ceritanya, beliau telah ditangkap bersama 3 lagi rakan di atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja sekitar bulan Jun tahun 2010. Pertuduhan itu dibaca di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Ketika ditangkap, mereka sedang asyik menyaksikan perlawan bola sepak Piala Dunia.

Belakang Parang dah teropong guna Teropong Sakti! Nampaknya, mahkamah telah menetapkan untuk menyebut semula kes ini pada 23 Disember 2011. Eh, tak lama lagi ni!  Jadi kita tunggulah keputusan mahkamah. Belakang Parang confirm gedevas akan cover untuk berita selanjutnya bulan depan. Ha, tunggu! Jangan tak tunggu!

Apapun Saiful Apek yang gitu-gitu tu, Belakang Parang dan team sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan All The Best kepada Apek dan jangan nervous bang, Insya allah, semuanya akan ok! Mood: Go Apek! Go Apek! J J

 

SShhh: Jauhi dadah, ia musuh negara, kelas kau Jah!!!