Siapa kekasih Remy Ishak?

by

Belakang Parang dah teropong pakai Teropong Sakti. Ini bukan bedek, ini bukan mimpi, ini bukan untuk mencari publisiti murahan, ini bukan cinta lokasi. Tapi ini memang cerita cinta pasangan sensasi Non! Memang tak ada bidaah lagi dah. Dikatakan, Hero dan Heroin kesayangan ramai dalam siri drama popular, ‘Nur Kasih’ dikatakan sedang intim dan hangat bercinta. Remy Ishak menegaskan, dia bukan nak sembunyikan status hubungan intimnya dengan Tiz Zakyah, tetapi dia risau kalau-kalau hubungan tak menjadi, dah malu… Ha, siapa malu nanti? Mereka dan keluarga mereka… kan?

Kini, timbul pula isu Remy Ishak menegaskan mereka memang sedang bercinta dan saling mengenali tentang hati budi masing-masing. Namun Remy masih tegaskan, dia tidak mahu peminat meletak harapan yang tinggi pada hubungan mereka, kerana jika hubungan tak kesampaian, lain pulak jadinya nanti. Hai ramai nah yang kepohlah. Bagilah privasi sikit pada Remy dan Tiz Zakyah, ye tak?

Dalam masa yang sama, Remy juga mengambil keputusan untuk menceritakan kedudukan sebenarnya dengan Tiz Zakyah kepada umum kerana tidak mahu dilabel pembohong kerana cuba sembunyikan status hubungan mereka. Memang susah jadi artis ni, nak cakap salah. Tak cakap salah. Ada saja mata-mata yang mengepoh, macam belakang Parang ni lah. Oopss… Tapi Belakang Parang cerita yang baik-baik je tau.. Ha, jangan… jangan nak bikin onar…

Yang pastinya, Remy mengakui, dia amat memilih dalam soal mencari calon isteri kerana perceraian kedua ibubapanya banyak mengajarnya agar lebih berhati-hati. Baguslah kalau macam tu. Belakang Parang percaya ramai peminat yang merestui dan mendoakan Remy Ishak dan Tiz Zakyah yang baik-baik. Begitu juga Belakang Parang dan team sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal. Mood: JJJ Sukanya kau Jah!

 

SShhh: Dalam hati ada taman!