Tomok Junior!

by

Ingat lagi tak pada lagu ‘Sejarah mungkin berulang’, lagu ‘Meraung’, wah… memang meraunglah bila dengar lagu ni. Lagu ini semua adalah dendangan kumpulan New Boys. Dulu masa Belakang Parang remaja, lagu dan grup nilah yang paling top sekali. Oh mak! Sampai naik bingit telinga dengar lagu-lagu New Boys. Masa tu, vokalisnya hanyalah berumur 15 tahun. Cuba Mak Jah refresh gaya mereka pada waktu tu, dengan jambul bentuk M, suara ala-ala berdengik dan sengau… Fuhh! Memang kelas Tomok & New Boys!

Tapi, sekarang ni dah masuk tahun 2011. Tentulah banyak perubahan. Kalau tak berubah, tak taulah Belakang Parang nak kata apa, kan? Ceciter, ceciter… Tomok sekarang ni dah jadi artis solo setelah menang OIAM (One In A Million) dan semakin laku-laku dengan lagu terbarunya, ‘Berlari’.

Tomok atau nama asalnya Shah Inderawan Ismail, 27 sudah berkahwin dengan gadis cantik, seorang pramugari bernama  Siti Rahayu Abas, atau Ayu. Baru saja berkahwin, rezeki dari langit dah dikurniakan ke atas pasangan ni. Alhamdulillah. Dikhabarkan, isteri Tomok kini mengandung 2 bulan!

Tomok ketika dihubungi wartawan Malaysia memaklumkan, “Alhamdulilah, saya sangat gembira sekali dengan rezeki yang Tuhan beri ini. Lagipun memang saya mahu menimang cahaya mata secepat mungkin kerana saya amat sukakan kanak-kanak”.

“Cuma agak kasihan dengan Ayu kerana sekarang ini dia mengalami alahan mengandung yang agak teruk. Dia sering muntah-muntah terutama setiap pagi. Jadi saya selalu menemani dan memberi perhatian yang lebih kepadanya. Yelah, sejak hamil ini, saya lihat dia seperti mahukan perhatian dan belaian yang lebih daripada saya. Jadi untuk itu, saya akan duduk di rumah menjaganya sahaja jika tiada apa-apa kerja yang penting memerlukan saya keluar.” Alalalalah mak jah, sweetnya Tomok ni.

Belakang Parang dan team sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal tumpang gembira atas berita ni. Mesti anak Tomok comel macam mama dan papanya. Mood: JJJ Sukalah tu Tomok, jadi papa! Come to papa! Come to papa!


Sshhh: Lepas ni, Tomok dah boleh lepak dengan kumpulan bapak-bapak. Jangan marah! J