Apa? Ella suntik Botox?

by

 

Ramai yang terkejut beruk, dengan imej wajah, muka baru Ella yang semakin Wow, muda, cantik, tegang, jelita. Kedut-kedut kat mata tu pun dah tak ada. Dah hilang macam ada kuasa magik pulak. Haishh, tak baik tuduh-tuduh tau Belakang Parang. Manalah tau, kalau-kalau, Ella sekarang ada teknik make up yang baru untuk hilangkan kesan kedut-kedut kat mata. Tapi Belakang Parang ada dengar jugak, yang Ella ada cucuk botox kat mukanya tu. Jadi lain macam je tengok mukanya tu.

 

 

Tu yang Belakang Parang dengar, tapi yang Belakang Parang tengok dengan mata kepala Belakang Parang sendiri, muka Ella ni kalau ditenung lama-lama nampak makin muda, kulit makin remaja. Cun melecun Wok! Sekarang terbaru, Ella dah mula pakai braces. Betul-betul Ella nak upgrade ni. Ha, Ha, Ha, Ella pun tak pernah dedahkan di akhbar-akhbar tempatan yang betul ke dia ada buat semua-semua tu. Sekarang ni, wartawan-wartawan Malaysia pun buntu memikirkan isu terbaru ni. Nasib korang lah ya! Eh, yang kita dok kepoh-kepoh pasal Ella pakai botox ke, suntik vitamin C ke suka hati dia lah. Kalau betul dia buat pun, pakai duit dia sendiri kan, bukan pinjam duit Kak Lijah, tak gitu? Belakang Parang dan team sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal suka juga lihat perubahan pada Ella. Yelah kan, kalau dah kerepot, nanti peminat komplen pulak, taknak beli tiket dan macam-macam hal lagi lah. Mood: J Ella The Rocker!

Sshhh: Kalau dah kerepot, nanti peminat lari, ha, kau nak jawabkan ke Bedah?