Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara, KL!

by

Ha, sempena cuti sekolah yang panjang ni, ramai yang tanya Belakang Parang, nak pergi mana ek yang boleh buat anak-anak happy? Ada yang dah naik pening, sampai naik loya, memikirkan, tak tahu nak ke mana. Belakang Parang suggest, kalau dah tak tahu nak ke mana, apa kata kalau you all yang ramai-ramai ni, pergi ke Muzium Negara Kuala Lumpur, Malaysia. Ada Pameran Jejak Upin & Upin yang berlangsung dari 26 November sehingga 31 Disember 2011 nanti. Ada macam-macam aktiviti menarik seperti menayangkan replika sebenar rumah opah, ruangan proses animasi, permainan Upin Ipin dan banyak lagi Mak Jah oi!

Dekat sana pun kalau Mak Jenah nak bawa cucu bersalam dengan mascot Upin & Ipin pun boleh.  Ha, nak tengok showcase Upin Ipin pulak? Eh, ada.. siapa kata tak ada! Upin & Ipin The Musical diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad jam 12 tengahari dan 3 petang. Ini Jah, dah tentu menarik sebab anak-anak dapat menonton secara ekslusif babak dari teater ini sebelum ianya dipentaskan di Istana Budaya Kuala Lumpur, Malaysia pada April tahun hadapan!

Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan semua yang terbaik untuk Les Copaque Production! Apa tunggu lagi, yok kita gegarkan Muzium Negara, Kuala Lumpur! Jumpa Belakang Parang di sana! Mood: JJ Yeah! Cuti sekolah! Yeah Cutiiii!!!!  Eh, kita pulak yang over…


Sshhh: Untunglah macam ni… Kalah artis Malaysia Mak Jenah oii!