Oh! Ombak Rindu mencecah kutipan 9 Juta!

by

Oh Ombak Rindu memang zasss… meletup mak kat panggung! Sekarang ni, hasil kutipan filem Ombak Rindu dah mencecah RM 9 juta. Ini bukan main gila. Ini memang betul-betul gila! Hai, nampaknya Non, mentaliti peminat filem Malaysia, masih tak ubah  untuk terus memilih filem sedih, cinta terlarang, cerita sadis. Bak kata Apek jual surat khabar kat jalan Ampang, “Tetap number 1 in Malaysia maa”…

Kekuatan filem Ombak Rindu adalah terletak pada pelakonnya jugak. Kalau letak hero selain Aaron Aziz, tak tahu lagilah filem ni menjadi atau tidak, kan? Sekali lagi, lakonan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu memang tidak dapat dipertikaikan. Takde orang reject mutu lakonannya. Ha, gitu. Aaron Aziz digandingkan pulak dengan Maya Karin, memang Wowlah hasilnya kan?


Belakang Parang suka sangat dengan tiap babak yang ada dalam Ombak Rindu ni.  Sampai tiap babak, Belakang Parang menangis. Tak tahan, sedih betul! Pilu, macam kene hiris-hiris hati Belakang Parang ni. Jah mesti tak tau kan yang Ombak rindu sebenarnya adaptasi dari novel keluaran Alaf 21, pengarangnya Fauziah Ashaari. Namun ada jugaklah orang-orang seni part Malaysia tu tak berapa puas hati dengan jalan cerita yang diubah sedikit. Alah Joyah, biasalah, untuk jadikan lakon layar lebih sensasi dan panas, mestilah kena ubah sikit. Mana yang skirt labuh jadi skirt pendek. Barulah terbeliak biji mata penonton kat panggung tengok Ombak Rindu nanti kan? Oopss!


Kalau nak tahu lebih lanjut, tontonlah sendiri filem Ombak rindu, Mak Jah, Kak Eton mesti tak menyesal punya… Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan Syabas Ombak Rindu! Mood: JJ Wow! Seksinya Maya Karin!


Sshhh: Alah kalau takde Aaron Aziz, mesti kutipan tak sampai 4 juta. Ish, Belakang    Parang blah dulu ye sebelum mulut kena cili, OK Boi!