Semangat baru filem ‘Songlap’

by

Secara jujur,  dari pengamatan Belakang Parang, sebenarnya dunia perfileman tanah air Malaysia, tidak pernah sunyi dengan hasil karya yang semakin bervariasi dan semakin mendapat tempat di hati orang-orang  Malaysia. Terbaru, pawagam di Malaysia dihambat dengan satu lagi cerita yang boleh dibanggakan, boleh dibawa berdebat, atau tidak malu untuk dibincangkan isi kandungan ceritanya iaitu ‘Songlap’.

‘Songlap’diterbitkan oleh Red Films dan Primeworks Studios Sdn. Bhd, (Grand Brilliance), mula ditayangkan kepada umum 15 Disember yang lalu di pawagam seluruh Malaysia.


Sejuk hati Belakang Parang bila melihat banyak semangat baru yang ditiupkan dalam filem ‘Songlap’. Bak kata pepatah, ceritanya baru dan segar. Pengarah, pelakon pun generasi baru yang berjiwa segar. Benda-benda segar yang macam nilah berjaya melengkapkan pengembaraan penonton yang mendebarkan ke dunia ‘Songlap’.


Dibarisi pelakon seperti Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali, gandingan tiga pelakon muda itu menjadil lebih manis apabila turut dibantu penggiat berpengalaman seperti Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Omar Abdullah dan Hasnul Rahmat yang mana kredibiliti mereka di layar mahu pun di pentas tidak perlu dipertikatikan lagi.


Belakang Parang simpulkan, ‘Songlap’ ialah sebuah filem drama aksi yang lengkap serba-serbi, baik garapan pengarah, lakonan dan sinematografinya yang mampu mempermainkan perasaan penonton bagi merasakan debarannya untuk mendapatkan jawapan sampailah ke penghujung filem ini. Korang mesti taknak keluar panggung punya sebab nak tengok ending filem ni macam mana! Lagi 1, Filem ni, memang filem wajib ditonton oleh setiap khalayak penggemar filem tempatan sebab filem ni menawarkan pengembaraan emosi dengan cukup baik sekali. Ha, gitu…


Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal akan mula mengira-ngira berapa keuntungan yang akan dikaut nanti. Ha… ha… ha… All the best guys! Mood: JJ Wah, Songlap bertenaga baru dan segar! Barulah peminat tak muak menonton filem Melayu!


Sshhh: Pertama kali ke bang, nak tengok je pon boleh….