Lagi artis bakal berkahwin 2012!

by

Dia aktress penuh kontroversi dan hangat diperkatakan. Siapa yang melihatnya pasti tertawan dan berguling jatuh tangga, ha gitu… Khabarnya, dia bakal mendirikan rumahtangga tahun depan! Artis yang dimaksudkan iaitu  Fasha Sandha telahpun buat pengumuman akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jejaka. Tapi jejakanya tu duda.  Apa? Duda?  Eleh! Nak buat-buat terperanjat pulak.  Bukan ke dah kepoh 1 Malaysia yang Fasha Sandha bercinta dengan Jejai ataupun Rizal Ashram Ramli, yang merupakan bekas suami si genit yang cantik iaitu aktress Nora Danish? Kalau tak tahu, maknanya Enon dah terlepas banyak babak seperti tuduhan rampas-merampas, percintaan Jejai dan Fasha terputus sekejap angkara Nora Danish, anak yang tak boleh berjumpa Fasha walau seminit. Hai macam-macam  hal lagilah. Alah Jah, itu cerita basi, Belakang Parang boring nak flashback cerita tu. Kita ceciter hal terbaru ni ye.

Fasha mengaku tidak akan berkahwin awal tahun 2012 di dalam satu kenyataan iaitu,   “Setahu saya, memang tidak akan berlangsung apa-apa majlis pada awal tahun hadapan baik pada Februari mahupun Mac. Kerana pada Februari saja, saya sibuk dengan penggambaran dengan drama ‘Seindah Sakura’ yang akan menjalani penggambaran di Paris.”


Fasha menyambung kepada wartawan Malaysia, “Apa yang saya boleh katakan, saya memang akan menamatkan zaman solo tahun hadapan, namun saya tidak boleh mengumumkan tarikh sebenar hari tersebut. Saya berjanji, bila tiba masanya, saya akan mengumumkan juga berita baik ini kepada semua. Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengadakan majlis pertunangan sebaliknya mahu terus bernikah dan bersanding,” ujarnya lagi.


Wah gitu… Baguslah. Belakang Parang dan team sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan semoga apa yang dihajati tu akan termakbul. Amin. Yelah, kena doa banyak-banyak. benda baik banyak rintangan, tak gitu Mak Jenah?? Sumber gambar: mygosip. Mood: J J sungguh dramatik!


Sshhh: Ha, apa lagi jejaka teruna, jejaka duda, ada masa lagi ni nak mengurat Fasha Sandha sebelum 2012 tiba. awek hot tuu!!