Album Inggeris Siti Nurhaliza

by

Hello, hello, hello! Siti Nurhaliza, penyanyi No 1 Malaysia, yang you all bilang tak geti sepiking tu dah buat album Inggeris ok… Ha, Tipah, Joyah, Senah ada?? Tak ada kan? Ha, kalau gitu, duduk diam-diam dengar apa yang Belakang Parang nak story ni.

Belakang Parang kira-kira, makan 15 tahun jugaklah Datuk Siti berada dalam arena muzik Malaysia dan akhirnya, album Inggeris pertama beliau yang bertajuk ‘All Your Love’ berjaya dilancarkan pada 26 September tahun lalu. Album yang mengandungi 10 buah lagu ini diterbitkan oleh What’s Up Entertainment yang dimiliki oleh anak Datuk K yang juga merupakan anak tiri Datuk Siti sendiri iaitu, Adib Khalid. Huh, Fuh! Sayang betul anak Datuk K pada Siti ye, Jah? Kalau tak sayang, tak dibuatnya album very the Gedevas tu. Untung, untung…

Album ‘All Your Love’ ini menampilkan nama-nama hebat dalam industri muzik antarabangsa seperti Sean Kingston, Bryan B, Richard Furch, Eddie Schreyer dan ramai lagi. Antara lagu yang dah siap videoklipnya ialah ‘Falling In Love’ yang dirakamkan di sekitar Pavillion, Kuala Lumpur. Belakang Parang dah dengar dan dah kaji, ada banyak lagu yang sedap. Antaranya lagu ‘Remember You’ kolaborasi bersama Sean Kingston. Rentaknya catchy, pantas, boleh layan dan sangat mengujakan.

Yang paling penting semua lagu Inggeris Siti memang lain dari yang lain. Kenapa Belakang Parang cakap macam ni? Sebab, lagu yang Datuk Siti nyanyikan semuanya ada tune lenggok ‘Cindai’ dalam lagu Inggeris ni. Ha, suara Melayu tetap tak ubah walaupun Siti nyanyi lagu Inggeris. Memang Kelass! Ala, macam Stephanie Sun, slangs Cina Singapore masih boleh dengar lagi kan? Ha gitu… Kami di sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan Datuk Siti Nurhaliza. Gambar: rotikaya.com Mood: Gerek seh, speaking seh…

 

Sshhh: Jangan lupa dengar lagu ‘Remember You’. Belakang Parang siap buat ringtone gitu. Jangan marah!