KL Gangster 2 menyusul…

by

Prekuel dan flashback adalah nadi atau intipati cerita yang akan digerakkan dalam KL Gangster 2. Ia memaparkan kisah Malek sebelum masuk penjara selama 5 tahun yang dipaparkan di filem asal KL Gangster. Kali ni, jeng jeng jeng… kehadiran Rosyam Nor yang selama ini popular dengan watak gangster dalam mana-mana filem Melayu dapat menyerikan lagi filem ni. Fuh, menginjak – injak semangat Belakang Parang tak sabar nak tengok filem ni. Khabarnya, ia akan ditayangkan pada awal 2012 nanti. Tarikhnya belum ditetapkan lagi ye Ton.

Pengambaran filem ini dijadualkan bermula pada 1 Disember 2011 selama 45 hari. Kawasan pengambaran adalah di sekitar KL, Lembah Klang dan Batu gajah, Perak.

Filem KL Gangster 2 yang menelan belanja 3 juta adalah terbitan SKOP Productions yang dipunyai oleh Datuk Yusuf Haslam. Anaknya Syamsul Yusof merupakan pengarah yang kini bakatnya semakin diminati dan mendapat perhatian di Malaysia. Syabas! Dari kami di sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal. Gambar: skop production. Mood: Tak sabar nak tengok Adiputra dengan shirtless dan badan berminyak!

 

Sshhh: Aaron Aziz dan Adiputra… Mat Rep Singapore kini kembali menggegar Malaysia!