Senarai Penuh Anugerah Juara Lagu 26

by

Peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 bakal berlangsung pada 29 Januari 2012 ini. AJL 26 bolehlah ditonton secara langsung di siaran rasmi iaitu TV3. Panas! Panas! Kali ni, Belakang Parang dengar, juri ditambah lagi 15 orang menjadikan Juri AJL kali ke 26 adalah seramai 22 orang untuk mengadili 12 lagu yang dipertandingkan. Apa Jah? Mak Ooi! Ramainya juri Jah.Mmm, ini bukan apa, mesti nak elakkan kontroversi yang dari dulu –dulu lagi yang melanda AJL lah tu.

Biasalah, bila ada lagu menang, mulalah pihak tet, pihak tut, tak puas hati. Kutuk sana, kutuk sini. Bila lagu dah tak sedap, kalah, eh… pon tak puas hati jugak. Ha lepas ni, kalau boleh Belakang Parang taknak dengar ada isu lagi fasal tak puas hati lagi. Juri dah jadi 22 orang, kalau Meon persoalkan jugak, tak tahulah Belakang Parang nak kata apa dah! Biar Meon yang jadi juri kalau gitu, ok?

Peringkat akhir AJL 26 kali ini akan diserikan dengan penyanyi undangan seperti Shiela Majid, Awie, Jamal Abdillah, Azlan (The Typewritter), Black dan Hazama. Berikut pula, ialah senarai 12 lagu yang layak bertanding di peringkat akhir AJL 26. Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan All the best, Good Luck! Gambar: warisanchanteq.com Mood: Wuhuu! Berpeluh nak tunggu pengumuman lagu siapa yang dinobatkan sebagai juara.

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Sshhh: Anuar Zain yang sepatutnya menyampaikan lagu Sedetik Lebih telah menarik diri atas alasan taknak ikut bertanding lagi. I’m the best bro! Namun, digantikan dengan penyanyi, Jacklyn Victor. Terbaik ke?