Siti semakin GLAM?

by

Ribut 1 Malaysia bila mendapat tahu bahawa Datuk Siti Nurhaliza menjadi cover majalah Gaya Lebih Anggun Mewah (GLAM). Itu tak berapa ribut Dek Non, tapi yang ribut campur puting beliung, petir berdentum 1 Malaysia bila, Datuk Siti diminta menampilkan gaya Madonna sebagai cover terbaru majalah itu. Empat gambar yang dikeluarkan, memang sangat-sangat berbeza penampilan Datuk Siti yang kini berselendang, berubah meniru gaya artis barat yang sungguh sensasi dan panas itu. Wuuu…. Panas!

Sayangnya, penampilan itu mendapat kritikan daripada banyak pihak, sebab dikatakan Siti sanggup membuka tudung dan melihatkan sejumlah besar rambut. Yelah, kan Siti sekarang dikenali sebagai artis yang bertudung walaupun Belakang Parang rasa, Siti Cuma memakai selendang, bukannya tudung Cik Kiah oi! Ha… beza tu eh Kiah…

Belakang Parang teropong punya teropong, terdedahlah cerita untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya dan masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya semata-mata untuk penggambaran ini. Apapun, Belakang Parang pesan, suka hati Siti lah, asalkan dia tak menyusahkan Mak Eton! sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan teruslah Siti mewarnai rambut, eh bukan!!! Teruslah mewarnai arena muzik! Gambar: Ohbulan.com. Mood: Tanpa Siti, Kami sepi…

 

Sshhh: Nanti Belakang Parang nak buat 1 design tudung ‘Jambul Siti’. Aww… Cabut!!!