Tarikh Keramat Yusry dan Lisa Surihani

by

Perkenalan selama setahun menerusi Blackberry Messenger (BBM) membuahkan keputusan Yusry Abdul Halim, 38 untuk memilih Lisa Surihani, 25 sebagai isteri penyeri hidupnya. Pengumuman istimewa daripada pasangan romantis ini telah berlangsung dalam sebuah suasana tenang dan damai setenang dan seindah lokasi majlis telah diadakan di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya. Wah… Gitu!

Yusry dan Lisa mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana. Mereka ni Kiah, Joyah, nak buat majlis yang sederhana je. Taknaklah sampai ada title ‘Wedding Of The Year’ keluar. Koyak (Duit Habis) nanti jadinya!

Belakang Parang teropong punya teropong, majlis pernikahan dan majlis resepsi kedua belah pihak dilakukan secara serentak di PICC. Buat sekali jalan je. Belakang Parang memang suka cara Yusry dan Lisa ni, jadi taklah membazir-bazir. Senang pun senang. Yang penting, niatnya tu nak bersatu. Alhamdulillah…

Lisa menjelaskan kepada wartawan Malaysia, “Saya seboleh-bolehnya mahu sebuah majlis yang serba sederhana saja. Saya bukanlah seorang yang terlalu memikirkan sangat mengenai perkahwinan impian bagaimana yang saya nakkan, saya tidak cerewet dalam bab-bab majlis persandingan, kerana apa yang penting bagi saya adalah pernikahan bukan majlis persandingan gilang gemilang.”

Bila ditanya mengapa Yusry ingin melamar Lisa, jawapannya, Lisa adalah seorang yang caring dan menyayanginya sepenuh jiwa sama seperti perasaannya terhadap Lisa. Hamboi… beginilah rasanya bila perasaan cinta-mencintai tu ada. Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan Selamat berbahagia hingga ke anak cucu. Gambar: wstarz.com. Mood: Ala… Yusry dah nak kahwin… Benci, benci, benci!!

 

Sshhh: Buat majlis sekali jalan je senang. Takpe kalau bukan ‘Wedding Of The Year, Janji tak koyak, Janji poket full! Ingan pesanan Belakang Parang tu, Joyah! Main duit aja kerjanya ye Ra…