Anuar Zain menang saman balas

by

 

Ha, apa? Menang hadiah cabutan kata Mak Jenah? Amboi, kalau ye pun main teka-teka, agak-agaklah Nah… Kalau tak tahu, ha nih, Belakang Parang ceritakan!


 

 

Seperti yang dimaklumkan, Anuar Zain adalah artis rajin yang berimej bersih dari sebarang gossip liar. Namun baru-baru ini bergegar 1 Malaysia isu mengenai kes saman beliau terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records yang tidak membayar royalti hasil penjualan 2 buah albumnya.

3 Februari lalu, Keputusan mahkamah telah melayakkan Anuar Zain untuk menerima royalti dari Syncrosound Records berjumlah RM18,859.38 sebagai bayaran hasil jualan 2 buah albumnya sejak tahun 2001. Alhamdulillah. Belakang Parang pun tumpang syukur dengar berita ni. Suka tak? Suka kan, kan kan?

Jeng  jeng jeng… TETAPI, ha ada tapinya lagi… Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk memutuskan royalti yang terhutang hanya mengambil kira jualan album yang melebih 15,000 unit sahaja. Namun begitu, Anuar Zain tidak menyatakan sebarang bantahan kepada mahkamah.

Syarikat rakaman itu telah memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Namun, kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007.

Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian.

Pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records. Sumber Berita: Thestar Online Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan syabas Anuar Zain! Menang Besar gitu…  Ehsan Gambar: ohartis.com Mood: Lega sangat-sangat rasanya. Alah, macam tak biasa pulak, artis tak ada apa, Belakang Parang yang leganya melebih-lebih.

 

 

Sshhh:  Anuar Zain antara artis Malaysia yang diiktiraf OXFORD di atas kecemerlangannya dalam bidang muzik. Wah… sungguh kelas Abang Nuar!