Apa jadi Aliff Aziz?

by

 

Apa kes ni? Ceciter, ceciter?  Macam- macam media Malaysia dah dengar tentang Aliff Aziz. Berciumlah, berpeluklah, berjogetlah… Tapi, Belakang Parang pelik jugak. Walaupun dikecam, tapi lagu Aliff Aziz masih rancak berputar di radio-radio tempatan. Itu maknanya, bakat Aliff Aziz dan muka manjanya itu sungguh diminati ramai di Malaysia.  Kau ada, Jah? Tak adakan? Haa…

 

Baru-baru ini, kecoh lagi satu cerita tentang Zarina Anjoulie mengatakan sesuatu hal yang kurang enak tentang Aliff Aziz di Twitter. Yang mendebarkan dada Belakang Parang, Zarina turut menyebut bahawa dia mahu membongkarkan kisah yang berlaku pada “malam itu?” kepada pihak media, kalau Aliff Aziz tidak mahu memohon maaf secara peribadi kepadanya. Yang tak bestnya, kiriman tweet maut itu dapat disaksikan oleh beribu peminat mereka. Berpeluh tak keruan Belakang Parang dibuatnya Yong!

Kasihan Aliff Aziz, bersabarlah dengan dugaan yang mendatang. Kita nak cakap banyak sangat pun tak guna sebab tak tahu apa hujung pangkalnya. Tapi kan, menurut gambar yang Belakang Parang tengok, mungkin Aliff Aziz pernah pakwe makwe dengan Zarina, pelakon Anak Pontianak yang tidak pernah lekang dengan gossip panas di Malaysia? Aww… Takut! Nak lari!!! sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal berharap Aliff Aziz bijak menepis gosip liar yang melanda. Dah jadi asam garam dunia artis, tak gitu? Ehsan Gambar: mynewshub.my Mood: Bak Kata Mamak Kelana Jaya, Apa pun tak bleh!

Sshhh: Terbaru Aliff Aziz dikaitkan dengan Anne Ngasri. Meh Belakang Parang nyanyikan, “Tak Tahu Yang Mana Satu!”