Ferhad Mentor Musim Ke- 6?

by

 

Aku pernah…. jatuh tangga… Opp, oop… Belakang Parang tak boleh nyanyi. Nanti kalau Belakang Parang nyanyi habis rosak lagu orang. Kalau Belakang Parang pandai nyanyi, suara lunak, menyanyi tak termengah-mengah, Fuh… maunya dah asak jumpa Ferhad, audition  Dek Non oi untuk jadi protogé Ferhad dalam rancangan Mentor yang mencatat kejayaan rating tiga juta penonton pada setiap minggu itu!

 

Selain Ferhad, ada 5 lagi Mentor yang dipilih bagi musim 6 ni. Kali ini barisan mentor terdiri dari kalangan penghibur hebat tanah air iaitu Ella, Ramlah Ram, Adam, Faizal tahir dan Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy).

Samalah macam musim yang dulu-dulu, keenam-enam mentor ini akan memberi tunjuk ajar kepada para protoge berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Ha, inilah masanya untuk mereka menunjukkan kemampuan sebenar bergelar sifu setelah berjaya dalam karier masing-masing. Untuk Ferhad, sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment portal percaya Ferhad adalah sifu yang dicari di Malaysia itu! Semua yang terbaik ferhad! Ehsan Gambar: buletinartis.blogspot.com Mood: Tak sabar nak tunggu konsert Mentor musim pertama! entah apalah ragamnya kan, kan, kan? :) :)

 

Sshhh:  Jarang nampak Ferhad, lepas ni kalau dah selalu nampak Ferhad kat Mentor 6, Mak Jah jangan nak loya pulak tau!