Filem Terbaru Aaron Aziz ’Kerat 14’

by

Fuh fuh fuh… Alhamdulillah, Belakang Parang tengok, rezeki Aaron Aziz sekarang ni sungguh murah. Hero yang laris di pasaran Malaysia ini khabarnya baru-baru ini menerima tawaran berlakon filem bertajuk ‘Kerat 14’.

 

Antara pelakon lain yang terlibat ialah Siti Saleha. Ada yang tak kenal Siti Saleha ke Cik Leha? Ni ha, Siti Saleha ni merupakan pelakon yang pernah sama-sama berlakon dengan Aaron Aziz dalam drama slot Akasia TV3 bertajuk Nora Elena. Drama Nora Elena pun pernah mencetuskan demam yang lain macam part Malaysia satu ketika dulu. Bayangkan, ada yang tak nak overtime, ada yang tak nak keluar date, semata-mata nak layan drama Nora Elena ni. Ha, ni semua penangan Aaron Aziz punya fasal!  Nama Aaron Aziz memang sungguh… mantap boom boom bomm gitu di seantero Malaya!

Berkaitan filem terbaru ini, Aaron Aziz mengatakan kepada Portal Mstar, “Kerat 14 adalah sebuah karya yang baik dan saya cukup teruja untuk memulakan penggambaran dan berharap hasilnya disukai oleh penggemar filem tempatan.”


Bila Aaron Aziz berlakon takkanlah pelakon lelaki lain tak ada kan? Ha, antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Zamarul Hisham dan Ali Arami. Bagi mereka yang ingin mendapatkan info terkini mengenai filem ini, anda bolehlah Like Facebook rasmi Kerat 14. Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal tabik spring kat Aaron. You memang gerek Mat! Ehsan Gambar: budiey.net Mood: Amboi, terperanjat Belakang Parang tengok jambul abang Aaron dalam Kerat 14!

 

Sshhh: Aaronators sekalian, dah bersedia ke nak tengok Aaron Aziz yang ganas dalam filem ni?