Aaron Aziz Diiktiraf!

by

“Allah Maha besar…”, itulah antara petikan ayat Aaron Aziz yang diucap sewaktu dinobatkan sebagai Bintang paling popular, ABPBH 2011 kelmarin di Arena Of Stars, Genting Highland. Joyah, Takkan Joy tak tau, anugerah ini adalah anugerah nombor satu, paling dinanti-nantikan para penghibur, seniman dan seniwati Malaysia. Toleh-toleh, Aaron Aziz yang sambar! Ha, Kelas abang Aaron ni tau. Untuk info korang, malam tu, beliau memenangi 87 669 undian. Bayangkan! Lebih 85 000 undian diterima, gila gila remaja namanya ni Jah! Walau apapun, memang sudah diramalkan Aaron Aziz akan sambar anugerah besar ini.

Ok, sambung ceciter… Selain daripada anugerah terbesar malam itu, Aaron Aziz juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Ha, tulah… tengok hasilnya. Belakang Parang confirm tidak ada sorang pun yang panas hati dengan kejayaan Aaron Aziz ini. Semua suka, semua sokong, semua senyyuummm 1 Malaysia! Ha, gitu… Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, kenapalah dari dulu Belakang Parang asyik nak cerita fasal Aaron aje, puji Aaron, angkat Aaron. Bukan sebab apa ye Non, Aaron Aziz terkenal dengan sikap menyenangkan, low profile, berbakat besar, bersungguh, nama bersih, rekod lakonan yang bermutu, dan banyaaakkk lagi yang bagusnya lah… Belakang Parang dah tau dah Aaron mesti dapat pengiktirafan yang besar di Malaysia, sebab tu lah Belakang Parang asyik cerita yang bagus-bagus fasal abang Aaron dari dulu! Dah dia memang AA, sebagus nama Aaron Aziz (AA), nak bikin macam mana lagi?

Aaron menang dapat apa Mak Nah tanya? Fuh! Anak kelahiran Pasir Ris Singapura ni memenangi kenderaan, sebuah Nissan Teana 2.5 berharga RM175,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia bernilai RM250,000, hadiah iringan dan trofi. Uwaaa menangis Belakang Parang dengar! sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan Gerek Seh & Terbaiklah kepada Aaron Aziz! Gambar Ehsan: malaysiandigest.com Mood: Suka lah tu Diana, dapat sarung barang kemas RM 250, 000. Fuh!

Sshhh: Bakat Aaron Aziz dibawa ke Malaysia oleh Erma Fatima, pengarah terkenal Malaysia. Kemudian Aaron banyak menerima tawaran berlakon daripada Dato’ Yusof Haslam. Di situlah bermulanya kejayaan demi kejayaan bintang berkualiti AA ini!