Datuk Michelle Yeoh Belum Layak Untuk Anugerah Oscar?

by

Belakang Parang dengar khabar, Datuk Michelle Yeoh pulang ke tanah air Malaysia pada 24 April 2012 bagi menghadiri acara promosi filem terbarunya yang berjudul ‘The Lady’ yang berkisarkan perjuangan ketua pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi. ‘The Lady’ akan ditayangkan di beberapa pawagam terpilih disekitar Kuala Lumpur, Penang, Ipoh dan Melaka mulai 3 Mei 2012. Filem ini telah ditayangkan di Festival Antarabangsa Toronto pada bulan September tahun lalu.


‘The Lady’ adalah kisah luar biasa perjuangan wanita yang merupakan demokrasi pergerakan Myanmar. Filem ini mempunyai selingan kisah cinta yang agung berlatarkan krisis politik semasa antara Aung San Suu Kyi dan suaminya, Michael Aris. Karya ini telah ditulis sepanjang tempoh 3 tahun oleh Rebecca Frayn. Belakang Parang dengar, cerita ini bagus, namun ia masih tidak layak untuk menang di Anugerah Oscar 2012. Apa?? Kuang, kuang, kuang…


Michelle Yeoh adalah salah satu nama pelakon yang terbaik di Asia terutamanya dalam filem besar seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon. Kini filem lakonannya dalam ‘The Lady’ yang meletakkan dirinya sebagai pelakon utama dipertontonkan. Hurm Belakang Parang kira, Oscar masih tidak nampak bakat dan mutu lakonan Datuk Michelle Yeoh!


Alangkah bagusnya ye Yam, kalau nama Datuk Michelle Yeoh tercalon dalam senarai pencalonan Pelakon Terbaik. Tapi untuk Oscar 2012, namanya tidak dicalonkan Joyah oi! Semua orang tahu, anugerah Oscar adalah satu majlis yang berprestij di dunia. Tapi, sistem pengundiannya berbeza daripada anugerah lain di mana mereka tidak mempunyai juri yang membuat keputusan seperti Festival Filem Cannes di Venice. Kalau banyak orang undi Michelle Yeoh, memang menang besarlah beliau. Ala, samalah cerita dengan Aaron Aziz dalam ABPBH, menang atas dasar undian yang diterima dari peminat gitu…


Tahun-tahun sebelumnya, kita telah melihat banyak bakat Asia dengan filem-filem yang hebat! Zhang Zi Yi, Gong Li, Ken Watanabe, Freida Pinto dan macam-macam nama lagi lah sampai Belakang Parang sungguh krem mak oi nak sebut nama semua. Hurm, tak ada seorang pun daripada mereka yang pernah telah dicalonkan dalam kategori pelakon utama (kecuali Ken). Belum rezeki orang Asia lagi lah tu. Doa-doalah ye, keajaiban bakal berlaku, manalah tau Oscar akan datang dapat mengiktiraf dan mengangkat nama Datuk Michelle Yeoh. Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal, mengucapkan Teruskan berusaha dan jadi yang terbaik Datuk Michelle Yeoh! Ehsan Gambar: tempointeraktif.com Mood: Walaupun Tak menang Oscar, Kami tunggu ‘The Lady’ serang Malaysia, Singapura dan kami pun sokong filem hasil lakonan Orang Malaysia tau!


Sshhh: Semoga keajaiban membenarkan Michelle Yeoh diiktiraf di Oscar akan datang nanti! Keep up the good work yaw! Malaysia Boleh! Malaysia boleh!