Maya Karin dalam Lagenda Budak Setan 2

by

Belakang Parang terkejut kenapa tiba-tiba nama Maya Karin tersenarai dalam filem Lagenda budak Setan 2. Ada watak tambahan baru ke? Oh Sameon, Senah… Tidak, tidak, tidak… Sebenarnya Maya Karin mengantikan watak Katerina yang dilakonkan oleh Fazura dalam filem Lagenda Budak Setan, tahun 2010 yang lalu.


Lah, kenapa ni Fazura dah taknak berlakon lagi ke? Belakang Parang tengok, sejak kebelakangan ni, yelah kan, sejak dihimpit jejaka tampan berstatus kerabat Raja (Nama rahsia ye Mek), Cik Fazura, “Pelakon wanita paling cantik di Malaysia,” Kata Rosyam Nor, jarang sekali berlakon. Alasannya, terlalu banyak tawaran berlakon yang memintanya berlakon terjun swimming pool lah, peluk-peluklah, atas katillah.. Eei, Fazura tak suka, tak suka, tak suka tau tak! Tapi alasannya untuk filem Lagenda Budak Setan 2 ini dikhabarkan, Fazura tidak dapat memberi sebarang komitmen takut pertindihan kerja dengan tawaran yang lain. Ha, gitu…


Mesti ramai peminat sungguh… kecewa tak dapat tengok Fazura dalam filem sequel yang bakal ditayangkan Valentine 2012 nanti kan? Tak apalah, jangan sedih-sedih ya Mak Nah. Mana tahu, lakonan Maya Karin jauh lebih mantap dan berkesan berbanding Fazura nanti. Untuk Lagenda Budak Setan 2 ini, watak Kasyah dibawa oleh Farid Kamil dikekalkan, Hisham dilakonkan oleh Bront Palare pula watak baru yang diwujudkan. Apa jadilah kesinambungan cerita ini ya? Hurm… tunggu jelah Non!


Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mengucapkan All the best Maya Karin & Lagenda Budak Setan 2! Ehsan Gambar: ohbulan.com Mood: Suka sebab digantikan dengan Maya Karin, pelakon yang ada kelas tau!


Sshhh: Belakang Parang selalu terdengar ramai orang cakap Ombak rindu lagi best dari Lagenda Budak Setan. Tak sabar nak bezakan dengan sequelnya pulak! Dush!! Adui, sakitlah!!