Tabahlah Rita Rudaini!

by

Begitu lama kisah Rita dan suaminya pemain bola sepak Kebangsaan (Malaysia), Aidil Zafuan menjadi tatapan umum, bual bicara Kak Som dan bahan dan cerita panas Kak Joyah mulut takde lesen, didada akhbar dan serata Malaysia… akhirnya, mereka bakal bercerai.


Belakang Parang tumpang simpati dengan nasib yang menimpa Rita dan dua orang anaknya. Kecoh dulu, Rita dipulaukan oleh penerbit, pengarah drama Malaysia kerana tindakannya kahwin lari di Thailand. Kemudian, Rita bersyukur sangat kerana dia diberi peluang kedua oleh Orang-orang seni ini kerana bersimpati dengan nasibnya.


Ketika itu kecoh lagi fasal suaminya yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjenguk anak, tidak memberi nafkah dan sebagainya. Sehinggalah Rita Rudaini sendiri membesarkan anak-anak. Ini bukan kali pertama mereka bergaduh. Sebelum ini, rumahtangga mereka pernah berantakan dengan isu ibu mertua, pilih kasih, kurang kasih dan sebagainya. Sedih…


Terbaru, Setelah Aidil Zafuan mengatakan akan menceraikan Rita Rudaini, Rita mengambil langkah pantas dengan menyatakan dia akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan dua anak mereka. Jika Aidil atau pihak keluarga mertuanya mahu menuntut hak penjagaan anak, kes itu dibawa ke mahkamah.


“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang.”


“Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak.”


“Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami.” (mstar)


Sabarlah ya Rita, ini semua ujian Allah S.W.T. Ada hikmah jika semua benda ni terjadi. Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mendoakan yang baik-baik buat Rita! Tabahlah wahai Rita! Ehsan Gambar: norfanil.com Mood: Sungguh suka tengok Rita berlakon drama!


Sshhh: Moga lepas ni, dapat tengok Rita berlakon lebih banyak drama lagi! Lepas drama, main filem pulak ya!