Teliti Terma Dan Syarat ABPBH!

by

Orang Melayu lama macam Kak Yam, Mak Som, Mak Nah selalu pesan kat generasi baru. Katanya, “Ha Jang, kalau nak bercakap tu, fikir dulu. Jangan main cakap, nanti menyesal”. Kesimpulannya, berfikir sebelum bertindak. Hai, hai, hai… Bila terbayangkan isu Zed Zaidi yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kemenangan Aaron Aziz sebagai bintang popular, Belakang Parang pun korek punya korek apa apa apa ek?? Sebenarnya syarat dan terma yang termaktub dalam anugerah berprestij Berita Harian ini? Belakang Parang dah jumpa… Hahahah! Tapi Belakang Parang tunjukkan ni terma dan syarat berkaitan isu dan kes Aaron Aziz jelah ya. Takkan nak masukkan kategori, terma, peraturan penyanyi popular kan? Sungguh tak sesuai! Ok, Ok, Semua, Jeng, jeng, jeng… Inilah syarat dan terma kelayakan. Baca, jangan tak baca Joyah!


SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH2011)
—————————————————————————————-

Pencalonan bagi semua kategori dalam ABPBH2010 dipantau oleh Jawatankuasa Penganjur membabitkan semua artis yang aktif dalam kerjaya masing-masing sepanjang tahun ini iaitu Disember 2010 hingga November 2011 – membabitkan perfileman, muzik dan penyiaran (radio dan TV).

Selain itu, senarai calon juga adalah berdasarkan cadangan yang diberikan oleh syarikat penerbitan filem dan drama, stesen TV dan radio.

Secara umum, garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur mengenai pencalonan bagi setiap kategori adalah seperti berikut;

Belakang Parang nak nasi tambah kat sini sikit ye Joy, nama Aaron Aziz naik, dah tentulah dicadangkan oleh penerbit tiap filem Aaron Aziz berlakon. Kenapa tak tanya penerbit je, kenapa nak salahkan majlis berprestij ABPBH? Tak sesuai tau…

KATEGORI PELAKON FILEM LELAKI DAN WANITA POPULAR
————————————————————
SYARAT ASAS


* Calon Pelakon Filem Lelaki dan Wanita berlakon dalam filem berbahasa Melayu yang sudah ditayangkan ATAU sudah mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk ditayangkan bagi tempoh Disember 2010 hingga November 2011. Setiap satu judul filem boleh mencalonkan empat pelakon lelaki dan empat pelakon perempuan.


SYARAT TERPERINCI

2:1 Pencalonan adalah daripada pelakon yang berlakon dalam filem berbahasa kebangsaan (bahasa Melayu/Malaysia) sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 80 peratus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, yang memenuhi syarat dan peraturan daripada pihak berkuasa iaitu LPF dan FINAS dan sudah ditayangkan kepada umum sepanjang 12 bulan daripada tempoh yang ditetapkan oleh penganjur;


Aaron pas!

2:2 Penerbit filem boleh mencalonkan empat calon Pelakon Lelaki dan empat Pelakon Wanita berdasarkan syarat dan peraturan dalam perkara 2:1;


Aaron pas!

2:3 Penerbit filem boleh mencalonkan empat calon yang difikirkan sesuai masing-masing kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita;

Aaron Pas!

2:4 Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan dalam kategori ini dengan syarat calon berkenaan bekerja dengan mana-mana produksi milik rakyat Malaysia, bertutur dalam dialog tidak kurang daripada 80 peratus bahasa Melayu dan ditayangkan sudah atau pernah di Malaysia pada tempoh yang ditetapkan penganjur.


Aaron Pas!

——————————————————————————————————–

Ha kan! Dah jelas kat situ ternyata Aaron Aziz melepasi syarat-syarat ini. Pencalonan ABPBH berdasarkan merit kepopularan. Kalau Aaron popular kerana berlakon filem buatan Malaysia, tak salah kalau dia dicalonkan. Eleh, Hetty Sarlini, bekas awek Zed Zaidi dari Singapura pun pernah tercalon Pelakon TV / Penyanyi wanita popular dulu, cuma tak menang je. Takde pulak kecoh-kecoh?

Selain Aaron, pihak penganjur pernah juga mencalonkan pelakon luar negara atau penyanyi luar negara dalam ABPBH seperti Alex Komang (pelakon filem Puteri Gunung Ledang), Stephen Rahman Hughes (rakyat British, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa. Disenaraikan peringkat awal tapi tak melepasi hingga peringkat Top 5), Adi Putra (pelakon KL Gangster/drama Dhia), Tamara (pelakon Indonesia dalam filem Cicak Man 2), Ramli Sarip, Kris Dayanti (berduet dengan Ajai), kumpulan 6xth (vokalisnya orang Medan, Indonesia) dan akan datang nanti Mika Tambayong (pelakon filem Gerimis Mengundang).

Kami sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal selalu nak pembaca mendapat maklumat tepat tau! Sumber Terma & Syarat: Kjee Ehsan Gambar: mynewshub.my Mood: Ala Jeles! Jeles! Jeles sebab Belakang Parang tak menang. Bukan tak menang je, tak tercalon pon! Opps…


Sshhh: Jangan lupa! Seniman P Ramlee, Aziz Satar, Seniwati Saadiah dan ramai lagi termasuk Sifu M Nasir datang dari mana kalau bukan dari Singapura? Tolonglah, berfikir sebelum bertindak.