Erra Fazira retak menanti belah?

by

Gembira dengan perkahwinan Ella baru-baru ini, dunia hiburan Malaysia digemparkan pula dengan cerita tak enak. Tak lain tak bukan, cerita yang sama, isu keretakan rumah tangga Primadona Malaysia suatu ketika dulu, Erra Fazira. Belakang Parang dah dengar kes Engku Emran dan Erra sejak lebih setahun yang lalu. Dalam hati Belakang Parang, hai belum sudah-sudah ke? Sebelum ini, Engku Emran asyik mengatakan hubungannya dengan Erra ok, tapi baru-baru ini Erra mengeluarkan kenyataan panas di akhbar tempatan yang memanaskan lagi hati Belakang Parang mendengarnya.

Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra Fazira.

Engku Emran yang cuba dihubungi berkaitan kenyataan isterinya itu, enggan mengulas lanjut. Belakang Parang faham, tentulah Engku taknak bikin kecoh memburukkan lagi keadaan kecoh ni. Hmm, sebelum ni Erra Fazira pernah bertunang dengan Awie, tak jadi. lepas tu kahwin dengan Yusry, tak sesuai pulak, kemudian berkasihan dengan Hans Isaac, tak lama akhirnya berkahwin pula dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang permata, Engku Aleesya. Adakah cerita cinta Erra akan berakhir di sini atau diteruskan lagi? Hanya Tuhan je yang tahu. Kita ni Mak Som, cuma mampu mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka. Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal berharap sangat untuk terima khabar gembira dari keluarga Erra ye Ra ye… Ehsan Gambar: fuzore.com Mood: Nak nyanyi lagu Ella ‘Retak’ lah cenggini…

Sshhh: Ra jangan cepat melatah ye Ra, ingat baby Aleesya selalu :)