Revolusi hijab artis Malaysia

by

Orang cakap kalau kat Malaysia ni, bila sorang artis buat rambut macam ni, pakai gaun terbelah macam tu, pakai baju senteng macam tut, nanti jadi ikutan artis-artis yang lain. Dah jadi trend la konon. Belakang Parang recce pakai teropong ajaib, baru-baru ni dah ada revolusi baru Kak Yam oi! Ha yelah, betullah tu, kiri kanan, depan belakang dunia artis, ramai yang dah berhijab. Alhamdulillah, ha tadah tangan semua, Amin. Ha, Amin lagi sekali, Amin.. Belakang Parang tak kondem ya, Belakang Parang betul-betul bersyukur kerana ramai artis dah semakin faham tentang kemestian berhijab dan insaf ke pangkal jalan.

Di saat ini jugak, wartawan Melodi TV3 yang top & hot Michelle dan 2 selebriti terkemuka Malaysia, Marion Caunter dan Daphne Iking telah selamat masuk agama Islam. Alhamdulillah. Drastik betul perubahan yang berlaku dalam dunia hiburan Malaysia ya Hajah Som!

Seingat Belakang Parang, artis yang terdahulunya memecahkan rekod hijab ialah Wardina Safiyyah, Ogy Datuk Ahmad Daud. Kemudian, datang pula penyanyi moden bernama Yuna, Najwa Latiff lepas tu diorang ni pulak membawakan gaya hijab yang pelbagai cara. Ada melintang, ada melabuh, ada menjurai, meliut, melentok. Mak Aii, macam-macam gaya hijabnya. Lalu, revolusi ini disambung oleh Shiela Rusly, Ann Ngasri yang tengah hot bercinta dengan Aliff Aziz tu, Liza Hanim, Ekin Mawi, Ramlah Ram, Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Abby Abadi.

Nama yang Belakang Parang sebut kat atas tu bukan artis laku tak laku tau. Muka-muka mereka ni semua memang keluar masuk TV selalu. Jadi bila ada revolusi yang cenggini melanda, mana tak terpegun satu Malaysia. Sudahlah cantik, berhijab pula, bertambah-tambah manis lah bunganya kan Mak Eton?

Terbaru yang berhijab ialah Diana Amir, Sharifah Sofea, Catriona Ross, Jojie kakak Ella & Raja Farah. Ramai lagi artis yang sudah berhijab, kalau Belakang Parang nak list semua nama, memang sampai subuh esok pun tak habis ceritanya. Apapun, sejuk mata memandang. Ada jugak mulut koyak yang kata, “Ala, pakai kejap-kejap je ni, nanti bukak semula.” Tak baik Mak Eton cakap macam tu tau. Kita sepatutnya bagi galakan. Bukan menghina, mengeji. Silap haribulan, mak Eton punya hijab yang tertanggal nanti, apa kes?

Belakang Parang dan team sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal menyokong revolusi ini. Ehsan Gambar: mangges.blogspot  Mood: Yang baik datang dari Tuhan, yang buruk datang dari kami sendiri, ceewah. :)

Sshhh: Manisnya berhijab penuh macam ni, bukan tutup separuh-separuh ya Ti! Aww.. Sweet.