Adik penyanyi terkenal dipenjara!

by

Uish, memang begitu lama! Mak Enon tanya apa yang lama? Ni ha, Belakang Parang ada terdengar pasal hukuman penjara 7 tahun Mak Nah, ke atas seorang penyamun yang tergamak menyamun seorang ahli perniagaan warga Singapura, Januari lalu.  Yang menyamun ni pula, adoi aii, adalah merupakan adik kepada penyanyi terkenal Malaysia yang begitu popular dengan lagu ‘Kisah Hati’. Ish, ish, ish…

Satu Malaysia memang kecoh bahawa si tertuduh dalam kes ini ialah adik penyanyi terkenal iaitu Alyah. Tapi masalahnya Cik Mah, sehingga hari ini, Alyah tidak mahu memberi sebarang kenyataan atau komen terhadap kes adiknya itu. Waktu mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas adiknya itu pon Alyah tak ada, sedangkan ahli keluarga yang lain semuanya ada dalam kamar mahkamah. Ye lah kan, mungkin Alyah ada sebab kenapa dia tak nak beri sebarang kenyataan pon berhubung kes ni. Janganlah susah hati ye para wartawan, Belakang Parang harap, kita dapat beri ruang pada Alyah dan hormatlah sikit privasinya ya!

Apapun, Belakang Parang dan team sungguh.com. Singapore’s Malay Entertainment Portal berharap Alyah dan keluarga banyaklah bersabar dengan dugaan yang menimpa. Ehsan Gambar:  ammboi.com Mood: walauapapun tetap sedih sebab tak dapat dengar penjelasan Alyah. Benci tau!!

Sshhh: Inilah Kisah Penjara Hati!