Dunia Sinema, Nafas Baru Buat Melayu Kita

by

Pelancaran saluran terbaru StarHub, Dunia Sinema On Demand telah memberikan nafas baru buat peminat-peminat filem Melayu di Singapura. Ini adalah di antara gabungan di antara dua syarikat besar daripada dua buah negara Malaysia dan Singapura. Tentunya ini akan megeratkan lagi kerjasama yang sedia ada.

StarHub merupakan satu saluran televisyen yang terkenal di Singapura. Siapa yang tidak tahu syarikat yang sudah ditubuhkan semenjak 1998 kan yang menyediakan perkhidmatan telefon, internet dan macam-macam lagi lah! Kita juga tidak menafikan Metrowealth(MIG) adalah di antara syarikat filem yang terbesar di Malaysia. Filem-filem terbitan mereka yang kita ketahui banyak menaikkan ramai artis-artis terkenal. Siapa tidak kenal Shahiezy Sam, Diana Amir, Yana Samsudin dan ramai lagi? Betul tidak?
 

Ada yang mengetahui bahawa Blockbuster Hangat (saluran 117) juga memaparkan filem-filem terbaru. Seawal 2 minggu daripada tayangannya di layar perak. Dan anda dikenakan pembayaran untuk setiap satu filem yang ingin ditonton. Semuanya filem baru lah! Filem yang terbaru dan terhangat di Blockbuster Hangat sekarang adalah Minyak Dagu –  sudah tengok ke belum ni? Tekan sahaja butang VOD, cari Blockbuster Hangat dan pilih tajuk filem yang anda ingin tonton. Harga sudah ditetapkan dan tentera di skrin VOD. Sungguh mudah!

Kini… Ada pula saluran baru, Dunia Sinema On Demand, ini adalah buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton filem-filem yang telah pun ditayangkan dalam satu pakej. 15 tajuk dalam pelbagai genre untuk satu bulan hanya dengan harga $8.56!!! Wah!! Ini pasti hebat buat peminat-peminat setia filem Melayu!!

“Ini channel adalah khas buat filem melayu saja, ramai orang ingin tonton banyak title tapi pertama time tak cukup dan kedua mungkin cost lagi tinggi. Penonton boleh menunggu dan tonton filem dalam satu package di saluran Dunia Sinema” kata Mejar(K) Datuk David Teo.

Buat peminat-peminat setia filem Melayu yang ingin menonton, tekan sahaja butang 117 dan melanggan saluran Dunia Sinema. Buat mereka yang masih belum lagi memilih StarHub sebagai saluran televisyen anda, apa lagi tunggu? Jangan ragu-ragu…

Pastinya yang terbaik, terhangat! Betul ke tidak? Cuba komen sikit…

Pssst… Lebih daripada nafas baru yang diberikan daripada Dunia Sinema, ada lagi berita baik buat artis-artis ingin tahu selanjutnya?

Ikuti artikel seterusnya… Nanti jangan tidak nanti tau…