Penglibatan Metrowealth akan memberi sinaran baru buat artis tempatan

by

Sambungan daripada artikel sebelumnya: “Dunia Sinema, Nafas Baru Buat Melayu Kita”

StarHub telah pun berkerjasama dengan MIG untuk bersama-sama mengasas bakat-bakat muda Singapura ke industri hiburan serantau. Disebabkan itu sebelum pelancaran saluran terbaru Dunia Sinema On Demand, pihak sungguh.com dapat melihat ramai bakat-bakat muda sedang diuji bakat. Ini sudah bukan nafas baru buat penonton filem sahaja tapi nafas baru buat artis-artis tempatan. 

Wah! Lebih banyaklah peluang kita ingin melihat bakat-bakat kita terkenal di seberang tambak seperti Aaron Aziz dan Adi Putra!! Tapi… mungkin masih jauh perjalanan untuk kita saksikan lebih banyak artis tempatan kita menjadi sehebat Aaron Aziz dan Adi Putra tapi seperti Mejar(K) Datuk David Teo katakan, 

“Bukan janji tapi pasti.”

Antara artis-artis yang terlibat dalam uji bakat yang diadakan oleh Metrowealth(MIG) di Fairmont Hotel adalah Erwin Shah Dawson dan finalis-finalis Ratu. Erwin Shah yang kita kenali melalui rancangan realiti Anugerah Skrin(2010) mengatakan beliau juga merasa gugup semasa uji bakat walaupun sudah biasa berlakon dalam drama, “Kita takut tidak memberi impression yang baik.” 

Tidak mengapa, kita pasti artis-artis kita sudah pun memberikan yang terbaik semasa uji bakat. Kita hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Dengan adanya kerjasama di antara pihak Singapura dan Malaysia, kita mengharapkan sesuatu yang baik akan mendatang. Kita harus berterima kasih kepada ketua pegawai eksekutif MIG, Mejar(K) Datuk David Teo kerana memberi kesempatan, apa yang beliau harapkan ada,

“Dengan kerjasama antara Singapura dan Malaysia, saya rasa ia akan memperluaskan peluang, terutama untuk bakat di Singapura kerana peluang untuk mereka berada di dalam industry karya ini memang sukar untuk diperolehi. Sebab  itu saya rasakan dengan mencungkil bakat di sini dengan gabungan artis yang mantap di Malaysia mereka akan berpeluang untuk menjadi bintang yang bersinar-sinar.”

Jadi apa yang kita boleh harapkan satu hari nanti, kita akan melihat satu kelainan, satu keajaiban yang bakal menyusung dengan pertolongan dan kerjasama syarikat daripada seberang tambak seperti Metrowealth(MIG). Mungkin satu hari nanti kita boleh melihat permulaan bagi industri perfileman melayu kita pula yang berkembang. Mana tahu kan?