Kerat 14!

by

Untuk pengetahuan Mak Senah kaki temberang, Filem Kerat 14 mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia tau! Filem terbaru terbitan White Merpati Entertainment dan Real Reel Pictures, menyajikan pengarah baru, Arjin Uppal dengan filem yang kaya dengan aksi, cinta dan suspen.

 

Belakang Parang belum lagi menonton di panggung, Cuma dah review trailernya. Hurm, OK lah, tapi no no no, jangan letak harapan tinggi terhadap filem ni pulak. Sebabnya, nama baru Arjin Uppal, anak sutradara terkenal Malaysia iaitu S. Baldev, masih baru dalam berkarya gitu. Untuk mencuba menaikkan ranking filem ini, Arjin meletakkan barisan pelakon top tidak lain tidak bukan, Aaron Aziz dan Siti Saleha. Teraju utama ni terang-terang mampu menarik peminat membeli tiket di panggung.

 

Bagaimanapun, di Malaysia, nama Aaron Aziz agak tenggelam sikit, mungkin kerana Aaron gagal memenangi beberapa anugerah hebat tahun ini. Belakang Parang ada dengar jugak, Diana Halik pernah tertengking peminat  Aaron Aziz. Opps! Tapi itu, cerita lama. Dengan buah tangan lakonan Aaron, Belakang Parang yakin sangat, Aaron mampu menarik aura peminat untuk kembali menyokongnya!

 

Apapun, nanti kita tengok jumlah kutipan tayangan filem Kerat 14 ini ya! Antara pelakon lain yang terlibat ialah Zamarul Hisham, Ali Arami, Fouziah Gous, Arora Salwa, Arash Mohamad dan ramai lagi. Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Online Portal nak mengajak anda semua,Yok ke panggung kita support Aaron Aziz!Ehsan Gambar: BeautifulNara Mood: Siapa pembunuh tegar Kerat 14 ni ya?

Sshhh: http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=NJF2eMHp7FY