Shila Amzah pasrah!

by

Tak habis lagi rupanya isu Shila Amzah, yang berumur 22 tahun dan Sharnaaz! Sudah-sudahlah tu Shila, Belakang Parang nasihatkan Shila jangan ungkit lagi kisah-kisah cinta yang nampaknya semakin parah dan menimbulkan rasa kurang senang semua pihak, termasuklah keluarga Shila bahkan peminat Shila sendiri. Bukan apa, orang tua selalu pesan, makin banyak bercakap, makin merepek jadinya nanti.

 

Shila ada menyanyi lagu Ombak Rindu yang dinaikkan di youtube. Lagu itu sebenarnya untuk meluahkan perasaan yang terbuku didalam hatinya. Bukan itu sahaja, terbaru Shila ada mengeluarkan kenyataan di laman Twitternya, selepas kecoh isu Shila dan Sharnaaz sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi.

Tulis Shila Amzah, “Saya doakan yang terbaik untuk awak. Sangat sedih sebenarnya bila seseorang boleh berjalan di hadapan kamu dan berpura-pura kamu tidak pernah menjadi sebahagian dari hidup mereka.”

Shila ketika ini memang tergambar betapa hancur hatinya bila Sharnaaz mengeluarkan kenyataan kepada media Malaysia, bahawa tidak jadi merisik Shila seperti yang digembar-gemburkannya sebelum ini. Tak apalah Shila, tak payah sedih. Awak muda lagi, berbakat, biarlah orang nak kata Shila tak pandai buat keputusan sendiri, Shila anak daddy, bukan ke anak daddy selalunya adalah anak yang baik? Sebak tau Belakang Parang dengan isu-isu yang macam ni! Sobsob…

Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Online Portal doakan yang terbagus untuk Shila, kejayaan dan kebahagiaan pasti di depan mata! Ehsan Gambar: Ohartis!

Mood: http://www.youtube.com/watch?v=iEmrasQlo74

Sshhh:  Selain video original Shila nyanyi Ombak Rindu, ada pulak peminat yang buat parodi. Orang Malaysia memang suka buat parodi ek!