Pesta Perdana yang pasti gah!

by

Wah! Tidak sabar rasanya ingin nantikan sebuah anugerah berprestij, Pesta Perdana 12 yang akan berlangsung pada 1 Mac ini! Mesti anda semua sudah tahu melalui facebook, twitter dan macam-macam laman sosial yang ada. Tengah panas sekarang ni!!

 

Sebab-sebab mengapa anda harus tonton Pesta Perdana ini nanti?

Pesta Perdana kali ini amat berbeza sekali kerana tahun ini ada anugerah istimewa!! Ada Anugerah Pasangan Paling Cun, Crook Paling Terror dan Adegan Paling Dahsyat! Wah! Memang dahsyat dengan pencalonan yang hebat-hebat belaka.  Ish ish ish!

Mari kita lihat, Personaliti Lelaki Paling Popular… Ada Danial Ashriq, Erwin Shah Dawson, Fadhlur Rahman, Fauzie Laily, Haizad Imran, Hatta Said, Hisyam Hamid, Khairudin Samsudin, Shahrin Azhar dan Syarif SleeQ!!  Pasti ramai wanita di luar sana pasti akan menjerit! Apa ke tidak? Calon-calon kategori ini semuanya tampan, segak dan bergaya!

Kalau ada lelaki mesti ada wanita… Personaliti Wanita Paling Popular pula… Ada Azzah Fariha, Era Farida, Haryani Othman, Huda Ali, Marina Yusoff, Mastura Ahmad, Nurul Aini, Rilla Melati, Shenthy Feliziana dan Suhaillah Salam… Amboi… Jangan cemburu ya, wanita-wanita di luar sana… Semua yang tercalon sungguh ayu dan manis sekali tau!

Jika anda ingin melihat artis-artis kesayangan anda menang… Anda boleh undi di xinmsn.com/pp12 . Cepat… Cepat undi!

 

Sumber gambar: Lelaman Facebook Suria