Fiesta Filem mio TV! Sambutan yang menggegarkan!

by

Fiesta Filem mio TV merupakan acara yang pertama yang diadakan oleh SingTel Mio. Sambutan yang sungguh hebat daripada orang-orang Singapura. Sungguh happening lah orang Singapore! Lebih kurang 4000 yang hadir pada hari itu! Amboi ramainya! Ada yang datang seawal pukul 3 petang tau! Mengapa tidak? Ada pelbagai barangan seperti kacang putih dan ais krim yang boleh didapati secara PERCUMA. Ada juga yang pulang dengan bakul piknik menilai $50! Sungguh cool!

 

Untuk memeriahkan lagi suasana di Fort Canning Park, Dj KC dan Dj Adi Rahman pun ada. Kecoh lah maknanya tu! Sungguh meriah sekali! Ada yang tidak lepaskan peluang  bergambar dengan para hantu… Errr… Hantu olok-olok lah… :) 
 
Ada juga yang datang sambil berpakaian seperti pontianak. Sungguh sporting betul!  Tak hairan kalau ramai yang menjerit pada hari tu…. Haaa.. Cakap tentang jerit! SingTel mio telah mengadakan acara Juara Jerit yang pertama di Singapura! 

Kami di sungguh.com dapati ada pelbagai bangsa yang menyertai Juara Jerit ini….bangsa cina dan india juga menyertai acara ini. Sungguh lucu melihat telatah-telatah mereka menjerit. Tekak naik sakit kak! 

 
Dan Juara Jerit Singapura yang pertama jatuh kepada Nur Hidayah yang berumur 17 tahun! Muda-muda dah champion jerit eh….. syabas! Beliau memenangi hadiah wang tunai sebanyak $500. Fuhhh! Siapa nak bagi kan? Banyak tu!  
 
Menurut DJ Adi Rahman, “Ada lebih 50 perserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur dan ini menunjukkan Fiesta Filem mio TV ini adalah universal. Semua orang meminati genre seram”. Kami setuju… kami setuju…. 

Selepas kecoh-kecoh bersama Dj kesayangan kita… Fiesta Filem mio TV diakhiri dengan filem Minyak Dagu!

“Ramai di antara mereka yang hadir telah pun menonton filem Minyak Dagu tetapi mereka tetap hadir pada hari ini kerana mereka dapat bersama dengan keluarga” kata Dj KC memang tidak dapat dinafikan lagi.

Acara seperti inilah yang mendekatkan lagi hubungan sekeluarga. Ketawa bersama, menjerit pun bersama di bawah bulan purnama…. aik macam cerita P. Ramlee…

Keseluruhannya, walaupun ini adalah acara yang pertama untuk SingTel, sambutannya cukup hebat! Dengar khabar SingTel merancang untuk melakukan acara seperti ini setiap tahun. Wow best tu… 

 
Bagi mereka yang terlepas peluang tahun ini kita nantikan sahaja tahu hadapan ya? Mana tahu lebih gempak dan lebih hebat lagi! 
 
 
Sumber gambar: SingTel mio