Pesta Perdana: Artis Tempatan VS Artis Serantau

by

Demam Pesta Perdana yang kian melanda. Lelaman Facebook dan Twitter kita boleh lihat ramai yang sedang berbual-bual tentang undian. Hah… Siapa yang belum undi lagi? Cepat-cepat undi artis kegemaran anda! Mari kita sokong artis-artis tempatan! 

Kita tanya sedikit apakah perasaan di antara artis kita yang dicalonkan:

 

“Terperanjat kerana dicalonkan dengan pelakon-pelakon yang hebat dan handal. Hasif tidak mengharapkan apa-apa kerana dicalonkan dalam category sudah membuat saya amat bersyukur,” kata Hasif Nasif yang dicalonkan dalam Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Watak Utama.

 

“Gembira tak terhingga. Sejak mula berkarya pada tahun 2007 tak pernah terfikir tentang pengiktirafan. I sincerely love my job and kept doing it. I am thankful to SURIA, and the production houses that nominated me and I hope I can continue to work hand in hand with them,” kata Haryani Othman yang mempunyai pencalonan yang tertinggi pada tahun ini.

 

Bila kita bercakap tentang artis tempatan… Tahukah anda artis-artis tempatan kita, Nurul Aini, Mastura Ahmad, Ariati Tyeb Papar dan Aishah Ahmad adalah antara mereka yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Utama (Drama Bersiri) bersama dengan pelakon yang tidak asing di Malaysia, Fauziah Nawi.

Kalau dahulu kita ada kategori Artis Serantau Terbaik yang pernah dimenangi oleh Sheila Rusly dan Maudy Koesnadi. Tapi kali ini Fauziah Nawi dicalonkan dalam kategori yang boleh dikatakan sebagai anugerah terbesar untuk artis-artis kita. Apa agaknya kata kita dan kata mereka ya?

“Perasaan saya tentunya teruja dan gembira kerana lakonan saya dalam drama Anakku Sayang dan Anak Mak Samseng kira berkesan. Ini adalah kali pertama artis bukan Singapura dicalonkan dalam kategori yang sama dengan artis tempatan tahun ini. I have always been positive. Sekiranya kategori ini diadakan pada tahun yang akan datang, apa yang saya boleh katakan disini, artis Singapura harus memampatkan prestasi lakonan dan bersedia untuk digandingkan dengan sesiapa saja, apatah lagi bersaing,” kata Mastura Ahmad yang juga dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik Dalam Watak Komedi.

“Mungkin lakonan Fauziah Nawi cukup berkesan disebabkan itu beliau layak untuk dicalonkan dalamkategori ini. Kalau fauziah Nawi menang, itu bukan rezeki saya. Tetapi dia adalah seorang artis veteran! Memang dunia hiburan macam ni. Menang pun dikata tak menang pun dikata. Kita tengok sahaja nanti pada Jumaat ini,” kata Nurul Aini yang juga dicalonkan untuk Personaliti Wanita Paling Popular.

 

Itulah kata artis kita yang senantiasa berfikiran positif. Menang atau kalah memang lumrah dunia…. Yang penting kita berani bersaing! Seperti yang dikatakan Haryani Othman, walaupun industri kita tidak sebesar negara jiran, tetapi kita adalah serumpun. Sungguh tepat! Kalau dah kata serantau, kita boleh berlakon di mana-mana dan kita tak harus rasa tergugat ke, terkilan ke, terperanjat ke… dan ter ter ter yang sewaktu dengannya!

Bagi mereka yang telah pun berkerjasama dengan Fauziah Nawi sendiri seperti Mastura Ahmad dan Hasif Nasir, mereka tidak dapat menafikan bahawa artis veteran ini banyak memberikan tunjuk ajar kepada yang lain dengan sikap beliau yang terbuka. Bukankah baik kita berkongsi kemahiran antara satu sama lain?

Kita lihat sendiri apa siapa yang bakal menang di Pesta Perdana itu nanti. Siapakah pilihan anda?