Satu Bulan Lagi!

by

Tepat satu bulan sahaja untuk sama-sama berada di Dewan Persidangan dan Pameran Suntec Singapura bagi Anugerah Planet Muzik 2013! Ya memang benar! Tak sabar nak tahu siapa yang akan pulang dengan beg penuh trofi (ada juga yang akan pulang tangan kosong, hehe!).

Sidang media APM 2013 diadakan lebih kurang dua minggu lalu, apa agaknya perasaan nominee-nominee ini ya? Adakah mereka masih terfikir-fikir tentang pencalonan mereka itu? Ataupun sudah dilupakan?

Kelmarin Sungguh sempat menemu ramah kumpulan berbilang bangsa, Seyra. Seyra ditubuhkan tiga tahun lalu. Yang peliknya, mereka bermula bukan pun sebagai kawan ataupun pernah berjumpa satu sama lain. Bila ditanyakan kepada salah seorang anggota kumpulan indie ini, Sarah Ismail, beliau mengatakan, “Kami terjumpa di sebuah lelaman web bagi pemuzik-pemuzik Singapura. Di situlah kami berkenalan lalu berjumpa.” Wow SUNGGUH happening media sosial kita zaman ini!

Bukan itu sahaja, inilah kali pertama Seyra dicalonkan selama kerjaya mereka sebagai ahli muzik. Merekalah di antara yang bertuah dicalonkan bagi kategori Lagu Terbaik Singapura. Persaingan yang sangat sengit bagi kategori ini lebih-lebih lagi dengan bintang popular Hady Mirza dan Aliff Aziz!

Dengan pantas Zack, pemain alat perkusi, menjawab bila disoalkan tentang persaingan di antara penyanyi popular lain bagi kategori ini. “Persaingan ini memang sangat sengit lebih-lebih lagi artis lain mempunyai label rekod tetapi kami tidak. Walau bagaimanapun, genre yang kami bawakan sangat berbeza dari pesaing lain.” Lagu-lagu nyanyian mereka berciri Pop Alternatif seperti kebanyakan lagu Yuna.

Kumpulan Indie ini terdiri daripada 5 penggemar muzik. Sarah terkenal sebagai penulis lirik juga vokalis. Khidir yang pandai bermain gitar. Nadia, pemain bass. Rupak pula pemain Glockenspiel (seperti Xylophone) dan juga flute. Dan tentu sekali Zack, pemain perkusi.

Pada pendapat SUNGGUH, kalau ada kategori ‘Kumpulan Paling Kelakar’, Seyra confirm boleh menang! SUNGGUH hyper dan kecohrable!