Singapura Di Seberang Tambak Teruuuuus!

by

 

Konsert terbesar yang dinantikan sudah tiba, Konsert Akademi Fantasia kembali seh! Hampir dua minggu kita sudah melihat wajah-wajah baru dan nikmati suara merdu mereka! Lihatlah usaha mereka bertungkus-lumus untuk menjulang tahta bagi Pemenang Akademi Fantasia 2013!

 

Kini tinggallah 10 pelajar yang akan berjuang mempersembahkan nyanyian mereka secara LANGSUNG dalam 10 konsert mingguan seterusnya. Salah seorang daripada pelajar ini sudah tentu bakat tanahair Singapura, Aisyah Aziz (gambar)! Bukan itu sahaja, dapatlah orang Singapura lihat Najip Ali yang sudah lama menghilang sebagai Konsultan Persembahan kali ini!

Seperti yang kita tahu, hos-hos bagi Akademi Fantasia, juga AF, tidak lain dan tidak bukan Zizan Razak dan Hanis Zalikha. Amboi… Lihat tu dua gelagat yang SUNGGUH padan untuk menggegarkan satu pentas! (Bukan gempa bumi, ok! Jangan risau!)

Di mana lagi nak dapat pengalaman secara langsung dari Dato’ Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir kalau tak di AF, kan? Wow Sungguh Kaw! Yang sudah dimaklumkan, merekalah ‘Pendorong’ bagi pelajar-pelajar ini… Tidak lupa juga, jurulatih vokal mereka adalah Shafizawati Sharif dan Alam Wakaka dan Suhaili pula sebagai pereka tari mereka.

Abeh yang handsome tu… Siapa nama dia… Oh, Fizz Fairuz! Itulah Penasihat Seni Persembahan pelajar-pelajar ini semua! Sungguh Handsome, kan kan?!

Akademi Fantasia – Saat di mana anda harus menyiapkan keropok, kerepek dan cili sos sambil bersembang bersama keluarga. Hanya di SingTel mio TV Astro Ria (saluran 608). Setiap Ahad jam 9 malam mulai 29 September hingga 27 Oktober. Akademi Fantasia disiarkan secara LANGSUNG dan SERENTAK dengan Astro Malaysia, menggabungkan dua negara menjadi satu.