Gugurnya seorang Biduanita.

by

 

“Saya tidak pernah menyanyi di depan bapa dan datuk saya, jadi mereka tidak tahu saya boleh menyanyi dengan baik. Tetapi saya yakin saya warisi bakat menyanyi dari mereka,”

Itulah kata-kata Hajjah Kartina Dahari bila beliau ditemuramah akhbar Straits Times pada 26 Aug 2013.

 

 

Biduanita Hajjah Kartina Dahari meninggal pada petang Rabu semalam akibat barah pangkal rahim. Umur beliau 73. Persembahan terakhirnya adalah di Pesta Raya, Esplanade, di dalam konsert Sayang di Sayang.

Hajjah Kartina sangat popular pada zaman 1960an hingga 80an baik di radio mahupun TV. Lagu-lagu keroncong menjadi genre nyanyiannya suara lunaknya.

Beliau pernah menerima Anugerah Perdana Emas di Pesta Perdana (Mediacorp Suria) pada tahun 2009 dan Anugerah Kecemerlangan Artistik (COMPASS) pada tahun 2010.

Hajjah Kartina pernah menjadi pengacara rancangan TVnya sendiri berjudul Hanya Untuk Mu.  Beliau juga pernah merakamkan lagu Inggeris bersama kugiran-kugiran seperti The Quests, The Brown Boys dan Filipino outfit D’Starlights.

Beliau meninggalkan 3 anak, Adlin Adnan, Shah Reza dan Noor Indera

Anak-anaknya Adlin dan Noor Indera pernah mengambil bahagian dalam Ujibakat TV (anjuran Perbadanan Penyiaran Singapura) pada tahun  1982. Adlin menjadi Juara dan Noor Indera mendapat tempat ke-6.

Sungguh.com ucapkan takziah pada keluarga Hajjah Kartina. Alfatiha.

(sumber photo: FB Kartina Dahari)