Banting mungkin bakal menghempaskan tanggapan ramai tentang hijab

by

Bila sebut tentang banting atau slam bak kata orang putih, memang sudah dapat dibayangkan sesuatu yang beraksi…Siapa yang membanting dan siapa yang dibanting? Itulah persoalannya…

Siapa yang tidak tahu tentang sukan wrestling? Pasti ramai yang sudah tahu dan amat meminatinya.. Sebuah sukan atau hanya sekadar lakonan semata-mata?? Anda yang memutuskannya… 

Hah!! Walaupun ramai orang yang menganggap wrestling hanyalah sekadar lakonan, sebenarnya ia lebih daripada itu… Pelakon utama filem Banting, Izyan Mellyna Ishak, cukup lincah beraksi di gelanggang dan dia cukup meminati ‘sukan’ ini semenjak kecil…Katanya ‘sukan’ ini perlukan keberanian dan semangat yang tinggi…

Mungkin ramai juga yang akan terperanjat kalau yang membanting dan dibanting dalam filem ini ialah seorang wanita comel yang berhijab… Itulah jalan ceritanya yang mengisahkan seorang wanita berhijab yang merempuh segala kesusahan demi mengejar impiannya untuk menjadi ahli gusti atau lebih tepat lagi wrestler!

Bila kita lihat seorang muslimah yang berhijab janganlah sekadar melihat pada luaran yang penuh dengan lemah lembut tetapi dalaman yang penuh dengan azam dan semangat yang membara untuk mengejar impian. Tidak kiralah bidang apa juga yang diceburi…

“Kisah Yuna memberikan satu inspirasi yang menunjukkan bahawa hijab tidak harus dijadikan faktor untuk mengejar sebuah impian. Hijab juga seringkali disalah ertikan sebagai simbol penindasan dan profesional wrestling hanyalah sekadar expresi diri” kata tuan direktor filem ini, M. Raihan Halim.

Mengapa wrestling? Mengapa tidak sukan lain yang boleh dipilih seperti bola sepak ke atau apa-apa sahaja…

Setelah bertemu duga dengan tuan direktor filem Banting, M.Raihan Halim, dan pelakon utamanya, Izyan Mellyna Ishak, terfikir sejenak…  Wrestling perlukan keberanian dan semangat yang kuat… Bukankah itu salah satu sifat yang perlu ada dalam mencapai impian? Betul tidak? 

“Sebenarnya banyak filem genre Islamik yang ditayangkan yang diantaranya begitu tegas bila mengetengahkan mesej-mesej seperti ini… Saya inginkan menonton filem islamik yang datang dari sudut yang berbeza. Sesuatu yang lighthearted yang penuh aksi tetapi dapat juga menyampaikan mesej bahawa tidak kira apa yang dipakai di atas kepala, impian harus diteruskan. Slam expectations, kick butt and follow your dreams!” 

Tuan direktor dan juga pihak produksi begitu menitikberatkan faktor-faktor atau hal-hal yang melibatkan Islam. Dari segi arahan seninya begitu juga dengan pakaian yang dipakai oleh wrestlernya sendiri begitu diambil berat…

“Temanya begitu luas dan universal dan kami cuba menyampaikan mesej yang positif. Kami akan pastikan bahawa kita tidak akan bercanggah dengan Islam. Pereka fesyen kami, Engku Nur Hafiszah, ialah seorang wanita yang berhijab yang akan menyukat ketat atau longgarnya pakaian itu.”

“Kami akan membawa Banting ke pasaran global. Kami telah menemui dan berbincang dengan ejen pemasaran dari Taiwan dan Hong Kong dan kami inginkan penayangan perdana filem ini diadakan di Timur Tengah pada penghujung tahun ini,” kata tuan direktor.

Semoga pasaran global akan ditembusi dengan penuh sukses… Jadi… Jangan tak sokong filem tempatan ya? Sungguh.com mengharapkan kejayaan filem ini dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Izyan Mellyna Ishak, Fauzie Laily, Mastura Ahmad, Osman Jailani dan ramai lagi…

Filem ini akan ditayangkan pada bulan Ogos 2014… Bila harinya Banting akan membanting dunia sinema kita?? Nantikan informasi yang lebih lanjut lagi di Sungguh.com … HOT, HIP, COOL dan HAPPENING!

And boleh saksikan sedutan Banting di sini!