Kusinero Cinta!

by

Hello, hello, hello… Belakang Parang kembali lagi dengan gosip yang sungguh kencang, sungguh sensasi dan sungguh menawan hati. Sebelum tu, Belakang Parang mintak ampun, mintak maaf ye Mak Eton, Mak Joyah, yang dok tertunggu-tunggu artikel Belakang Parang. Bukan apa, Belakang Parang sekarang ni, sibuk tak terkata. Sibuk, sibuk, sibuk macam nak gila la la la…  Lagipun tak ada gosip yang menyengat di Malaysia tu. Balik-balik isu pakai tudung, tapi bajunya tak cukup kain lah, masalah cinta-cintun artis itu ini lah, artis bergaduh, bercerai suami isterilah. Pening kepala Belakang Parang ni tau Mak Joyah, memikirkan ronak ranjau berduri hidup selebriti yang sentiasa menjadi tontonan umum orang-orang fanatik artis macam Mak Joyah ni ha… Haha! Sekali lagi, Belakang Parang mintak ampun maaf, maafkanlah…

Jadi hari ni, Belakang Parang nak story mory sikit, tanak gosip la eh… Harini cakap yang molek-molek je. Hero terulung dan mempunyai gaya, mutu dan keunggulan tersendiri siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz! Beliau bakal menggegarkan kaca TV dan menggegarkan jantung Mak Jenab jugak ye dengan drama terbaru berjudul Kusinero Cinta.


Yang bestnya, drama ini menggabungkan lokasi 3 penggambaran di 3 negara iaitu Malaysia, Australia dan Filipina. Ada pelakon terkenal Filipina turut berlakon dalam drama ni ye. Siapa dia. Hahaha.. Tunggu!

“Penggambaran membabitkan tempoh selama 110 hari bermula di Kuala Lumpur pada 23 Disember tahun lalu dan Filipina pula pada 2 hingga 11 Februari tahun ini. Menyusul selepas itu, ia membabitkan penggambaran selama dua minggu di Melbourne dan diakhiri di lokasi di Kuala Lumpur pada 27 April lalu,” menurut Penerbit Eksekutif, Global Station, Zetty Alia Ramly, baru-baru ini di akhbar tempatan.


Drama ini Belakang Parang jamin sungguh meletup, top top top… sebab pengarahnya Feroz Kader, pelakon utama tak lain tak bukan…brader seksi Aaron Aziz, si cantik Tiz Zaqyah, Shakilla Khoriri dan aktor terkenal  Filipina, jeng jeng jeng… Oh Jericho Rosales, siapa tak kenal dengan hero Pangako Sayo ni kan…

 

Mesti Mak Jah tertanya-tanya apalah maksud Kusinero tu kan? Ia bermaksud ‘Chef Lelaki’ dalam bahasa Tagalog. Belakang Parang tak mau kasi sinopsis, tapi Belakang Parang selitkan teaser ok. So enjoy! Singapore’s Malay Entetainment Online Portal sungguh suka dengan kejayaan demi kejayaan yang dititip oleh anak Singapura seperti Aaron Aziz yang sentiasa memastikan dirinya lekat di hati peminat bukan saja di Singapura, malah di Malaysia dan kini menuju puncak ke Filipina! Ehsan Gambar: infotaip blogspot Mood: Sungguh Kelasss!

 

http://www.youtube.com/watch?v=lKJCZRRy_Jo



Sshhh: Sungguh sweet! Mereka mengejar impian kulinari masing-masing dengan kehadiran seorang wanita yang mereka cintai. Siapakah di antara mereka yang akan mengecapi kebahagiaan?