4 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu – FEAR FACTOR MALAYSIA

by

Siapa yang pernah tonton rancangan ini? Angkat tangan! Hah….mesti ada kan? Dah agak dah..sebut nama saja, mesti banyak perbualannya. (Lagi-lagi hosnya adalah Aaron Aziz..hehe)

Pejam celik, pejam celik, rancangan ini sudah pun tamat siri keduanya. Pelbagai cabaran telah dilalui para peserta-peserta. Ada yang menggerunkan. Ada yang menaikkan rasa mual. Walaubagaimanapun, rancangan ini memang Sungguh happening!

Selidik punya selidik, akhirnya kami terjumpa beberapa fakta menarik (dan confidential) tentang rancangan ini. Nak tahu? Teruskanlah membaca…


Fakta 1

Sebenarnya, pada tahun 2005, Malaysia pernah buat rancangan Fear Factor tapi sayangnya tak ramai orang tonton. Sungguh kecewa you…. Jadi rancangan itu terpaksa dihentikan. Kalau nak tahu, hos rancangan ini pada waktu itu adalah, Shamser Sidhu.


Fakta 2

Semasa penggambaran, ada beberapa selebriti yang tercedera teruk. Salah satunya ialah Yana Samsuddin (Siri 1). Beliau mengatakan kecederaannya itu menyebabkan berat badannya menurun. Wow biar betul you? Kerana itu, wajahnya berubah. Bukan kerana pembedahan plastik Kak oi…. seperti yang diperkatakan orang ramai! Hmm..terserahlah, plastik ke tak plastik ke, jangan main bedah-bedah oi…


Fakta 3

Makanan yang digunakan semasa Cabaran Makanan, kebanyakannya adalah olok-olok sahaja. Misalnya, semasa Siri 1, ada satu cabaran dimana peserta harus makan bangkai kambing. Fuh! Kecoh satu Malaysia selepas episod itu ditayangkan. Sungguh hot! Tapi ternyata “bangkai kambing” itu sebenarnya hanya daging kambing yang separuh masak. Ia disolek untuk kelihatan busuk serta geli dimakan. Jadi penonton, janganlah risau sangat. Walaupun ini sebuah pertandingan, takkanlah para penganjur nak beri makan bangkai. Cabaran yang sungguh mental ni!

 

Fakta 4

Fakta terakhir ini bukanlah mengejutkan sangat tapi kami rasa pembaca harus tahu juga. Ternyata pemenang Siri kedua, Dazrin & Hairul, telah menyedekahkan sebahagian dari wang kemenangan mereka kepada anak-anak yatim dan sebahagian lagi, mereka gunakan untuk membawa ibu bapa mereka ke Mekah. Sejuk hati Sungguh, mendengar berita ini. Bukan saja mereka kuat semangat, hati pun baik. Sungguh cool!!!

 

Itu sahajalah fakta yang dapat kami ketengahkan kali ini. Tidak sabar rasanya kami di Sungguh untuk menonton Fear Factor Malaysia Siri Ketiga di mio TV!