“I salute all the mothers in the world” kata Fadhlur Rahman

by

“Susah nak cakap. Tak terkata. Apa yang saya dengar dari kawan-kawan tidak sama apabila saya alami sendiri. Saya hormat sangat kepada isteri saya kerana tabah mengharunginya. Tidak ada lelaki yang akan faham apa yang dilalui oleh seorang ibu yang sedang bersalin. Memang saya tabik dia. Saya tabik semua ibu-ibu di dunia ini!”

Begitu teruja Fadhlur Rahman apabila mendapat cahaya mata pertamanya! Lana Iman selamat dilahirkan secara natural birth di Parkway East hospital pada Jumaat lepas, 16 May 2014.

Untuk pengetahun member-member di Sungguh, Lana Iman bermakna seorang yang lembut dan beriman dalam bahasa arab. Sungguh cool!

“Bila pertama kali saya azankannya, dia tak nangis langsung. Dia hanya lihat saya. Macam lembut matanya bila dia tenung saya. Sebab itu saya namakan Lana.”

Kami juga sempat bertanyakan bagaimana Fadhlur mengimbang masa di antara keluarga dan juga kerja.

“Memang susah. Sibuk-sibuk pun, saya akan cuba sedaya upaya untuk bawa isteri saya keluar jalan atau makan sekurang-kurang seminggu sekali. Kerja memang penting. Tapi keluarga lagi penting pada saya”

Family-man lah Fadhlur kita ni! Nampaknya Hari Bapa datang awal bagi Fadhlur!

Kami di Sungguh menumpang gembira dan tahniah kami ucapkan kepada Fadhlur dan isterinya!