OTAI MASIH BERBISA – Malam Kelakar Lokal!

by

Setelah lebih dari 10 tahun menyepi dari kaca televisyen, pelawak-pelawak veteran lokal akhirnya berkumpul semula untuk membuat sebuah permentasan komedi yang “tidak boleh dilihat di televisyen”.

Ahmad Stokin, selaku pengarah untuk persembahan ini menjelaskan kepada sidang media bahawa beliau membuat acara ini atas permintaan orang ramai yang ingin melihat mereka berlakon lagi.

“Sebenarnya, lawak jenaka ni dah sebati dengan diri kita. Jadi, memang kesihatan adalah satu cabaran, tapi selagi terdaya, kita akan terus berlawak.” Kata Ahmad Stokin.

Bukan sahaja pelawak veteran, pementasan ini juga membabit bakat muda seperti Rakingston Mars dan Romey Helven. Turut menjayakan acara ini adalah Nuradee Bros dan Dyn Norahim. 

Rasanya sudah tidak sabar untuk melihat aksi gelagat pelawak lokal kita dan juga bakat-bakat lain. Walaupun sudah “veteran”, pelawak lokal kita tetap bersemangat! Sungguh Happening!

 

Nak tonton persembahan lawak mereka pada 7 June 2014, di Auditorium Politeknik Singapura SECARA PERCUMA?

Kami di Sungguh.com ada DUA pasang tiket untuk diberikan!  Jawab soalan berikut untuk memenangi sepasang tiket ke persembahan mereka!

Soalan:

Namakan tiga pelawak yang akan ditampilkan di Malam Kelakar Lawak ini.

(Tuliskan jawapan anda di kotak comment di bawah. Klik butang “Submit” sekali sahaja. Jawapan anda tidak akan muncul serta-merta. Pertandingan ini akan dibuka hingga 12ptg, 6 Jun 2014. Pemenang akan diberitahu melalui emel. Jika pemenang tidak membalas emel kami dalam masa 4 jam, kami berhak untuk memilih pemenang lain.)

Untuk maklumat lanjut tentang persembahan ini, sila kunjungi lelaman ini https://www.facebook.com/events/252288531622874/