Dyn Norahim buat Kelakar!

by

Tak sangka Dyn Norahim, selaku deejay untuk Warna 94.2FM, ternyata kelakar orang nya! Tak henti-henti ketawa kami dibuatnya semasa persembahan beliau sebagai “Abang J dan Mr Wong” di Malam Kelakar Lokal, Sabtu lalu. Sungguh semput dibuatnya!

Pada pendapat Sungguh, Dyn pandai mencuit hati penonton dengan kebolehannya meniru cara orang Singapura bertutur. Siapa yang tidak akan terkekek ketawa melihat “Abang J” mencarut seperti makcik-makcik kita dan juga telatah “Mr Wong” berbual melayu dengan loghat orang cina!

Tambahan pula, Dyn menunjukkan kematangannya untuk berlawak menerusi Stand-Up komedinya tersendiri – sesuatu yang jarang kita lihat dikalangan pelawak melayu.

Sungguh menjangkakan Dyn akan pergi jauh menjadi pelawak stand-up generasi baru. Jadi..jangan tak jadi hah! Sungguh pecah perut!