Anugerah Planet Muzik 2014 kembali sekali lagi!

by

Acara penghargaan muzik yang paling Happening ini kembali buat tahun ke-13 untuk menhargai bakat terserlah dan pencapaian dalam industri muzik Melayu serantau! Penyertaan untuk pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM 2014) juga telah dibuka secara rasmi dari sekarang hingga 15 Ogos 2014, jam 5 petang. 

“Hot from the oven” tahun ini merupakan categori Kolaborasi Terbaik yang dicabangkan kepada dua; Kolaborasi Terbaik (Artis) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu). Dalam keseluruhannya, 19 anugerah akan diberikan untuk APM tahun ini. (Sila muat-turun attachment dibawah artikel ini untuk senarai kategori pencalonan)

Untuk kelayakan, karya muzik melayu harus diterbitkan antara 1 Januari 2013 dan 30 Jun 2014. Keputusan pencalonan akan diumumkan semasa sidang media yang akan diadakan di 3 negara;Singapura, Malaysia (Kuala Lumpur) dan Indonesia (Jakarta). Penggemar muzik serantau juga diberikan peluang untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka dalam kategori masing-masing di lelaman facebook.com/anugerah.planet selepas pencalonan  diumumkan.

Puan Zakiah Halim, selaku Naib Presiden Kanan kepada Divisyen Penyiaran Melayu Mediacorp, berkata,

“APM continues to be a breakthrough for the region’s superstars and stars in the making. For 13 years, we have seen many artistes, composers, lyricists and other industry practitioners who have won our coveted APM trophies, becoming more successful and creating waves in the region. With the introduction of an additional award to recognize collaborative works, we hope that APM will be the catalyst in synthesizing the various sounds of the Nusantara region,”

Acara yang serba-gemilang ini, anjuran Divisyen Penyiaran Melayu Mediacorp, Suria, Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, akan diadakan pada hari Jumaat, 17 Oktober 2014, jam 8.30 malam di Suntec Singapore.

Kepada peminat-peminat muzik melayu serantau, saksikan gabungan artis-artis kegemaran anda dari Singapura, Malaysia dan Indonesia, secara langsung di Suria, Warna 94.2FM, Ria 89.7FM, Astro Ria (Malaysia & Brunei Darussalam) dan Net. (Indonesia).

Dan kepada para pemuzik kita, jangan terlepas peluang ini! Sertai karya-karya anda sekarang!

APM 2014 disokong Lembaga Pembangunan Media Singapura (MDA), Composers and Authors Society of Singapore (COMPASS) dan Yayasan Anugerah Musik Indonesia.

Untuk informasi lanjut tentang APM 2014, sila kunjungi lelaman xinmsn.com/APM

Anugerah Planet Muzik, Sungguh Hot!

 

 

 

 

Categories___APM_2014.pdf