Anugerah MeleTOP Era! Pasti TOP!

by

Buat tahun kedua, senarai lima calon akhir bagi 16 kategori akan dipertandingkan untuk anugerah pilihan penonton, Anugerah MeleTOP Era.

Nama-nama lagenda seperti Dato’ AC Mizal dan Dato’ Siti Nurhaliza telah disenaraikan dalam lebih daripada 2 buah kategori manakala nama-nama yang tersenarai buat pertama kalinya termasuk Ayda Jebat, Zul Ariffin, dan Firman AF.

Menurut Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaha ruddin, ‘Penganjuran Anugerah MeleTOP Era adalah untuk meraikan personaliti dan karya paling hit dan meletop merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital sepanjang tahun 2014 …”

Sambungnya lagi, “100% kuasa mutlak yang diberikan kepada peminat untuk menentukan sipakah bakal mendominasi Anugerah Meletop ERA melalui undian SMS, undian secara online ataupun menerusi applikasi Astro View Mobile.’

Senarai lima calon akhir untuk 16 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian oleh orang ramai sewaktu pusingan fasa pertama yang dibuka sejak 12 Disember 2014 hingga 11 Januari lalu.

Pemenang bagi setiap kategori juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai yang berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Anda boleh mengundi untuk artis kegemaran anda menerusi lelaman web rasmi www.meletop.com.my atau www.era.fm.

Anda juga boleh mengundi melalui Aplikasi Astro View Mobile yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Setiap pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori.

Bertemakan “Yang Hit, Yang Legend”, AME akan berlangsung dengan penuh meriah pada 22 Februari 2015 dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9 malam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

Sungguh Happening! Sungguh Cool acara ini!