Acara Pesta Perdana 13 Sungguh Gemilang!

by

Acara Pesta Perdana 13 bertemakan zaman 50-an yang berlangsung Sungguh Happening malam semalam telah dihadiri oleh ramai selebriti-selebriti kita termasuk Zul Ariffin, Paul Foster dan Iqram Dinzly dari Malaysia.

Malam penganugerahan telah memberi makna mendalam bagi selebriti seperti Nick Mikhail dan Elfaeza Ulhaq.

Nick telah berkongsi bahawa kemenangan ini memberi beliau satu harapan dan kekuatan untuk terus meningkatkan kemahirannya, lebih-lebih lagi apabila ayahnya telah meninggal saat pengambaran drama Kasih Berbisik. Cabaran ini secara langsung membuatnya sukar untuk menumpukan perhatiannya ketika penggambaran. Tetapi, dengan sokongan padu daripada para pelakon yang lain seperti Remy Ishak dan krew produksi, beliau ternyata telah berjaya meyakinkan kemahirannya dan profesionalime dalam drama ini dengan kemenangannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri).

Tidak kurang bagi Elfaeza Ulhaq yang Sungguh Hot telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita terbaik dalam Watak Utama (Drama Bersiri) disamping kemenangan Sharnaaz Ahmad dalam kategori dan drama yang sama untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Danny.

Dalam temubual krew Sungguh! bersama Elfaeza, beliau telah menyatakan perasaan terharu dan teruja beliau kerana penganugerahan bagi lakonannya adalah yang pertama dan begitu bermakna baginya kerana diberi penghargaan oleh tanahair sendiri setelah 12 tahun dalam industri lakonan dan setelah berhijrah ke Malaysia.

Kemenangan yang mengejutkan pada malam Pesta Perdana 13 tentunya ialah Imam Shah yang dinobatkan sebagai Personaliti Lelaki Paling Popular disamping Nurul Aini. Imam Shah tidak terkata akan penganugerahan yang tidak disangka-sangka ini dan hanya mampu berterima kasih kepada peminatnya yang berterusan memberi sokongan dan mengundi untuknya.

Kemenangan terbesar secara solo malam semalam tentunya ialah pelakon kecil molek dengan gelagat lucunya yang masih segar dalam industri lakonan, iaitu Farhana M Noor. Beliau telah membawa pulang sebagai Pelakon Harapan Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri). Dengan penuh berjenaka, beliau berkongsi meskipun beliau pernah mengidamkan untuk menjadi seorang pelakon, beliau tidak pernah terfikir untuk mendapat trofi bagi lakonannya.

 

Krew Sungguh! mengucapkan syabas bagi pemenang-pemenang Pesta Perdana 13! Sesungguhnya mereka semua Hot Hip Cool dan Happening!

Inilah senarai penuh bagi pemenenang Pesta Perdana malam semalam:

No.

Kategori

Pemenang

1

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama  (Drama Bersiri)

Sharnaaz Ahmad (Danny)

2

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama (Drama Bersiri)

Elfaeza Ulhaq (Danny)

3

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri)

Nick Mikhail (Kasih Berbisik)

4

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri)

Farhana M Noor

5

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama  (Drama Khas)

Zaidi Ibrahim (Raya Bersama)

6

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama  (Drama Khas)

Aishah Ahmad (Ingat Tak Mak)

7

Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu (Drama Khas)

Zaidi Ibrahim (Pesan Ayah)

8

Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu (Drama Khas)

Mastura Ahmad (Bingit Siri 2)

9

Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi

Khairudin Samsudin

(Sinar Lebaran)

10

Pelakon Harapan Terbaik

Farhana M Noor (Belah Hati)

11

Pengacara Terbaik (Hiburan)

Khairudin Saharom

(Sinaran Hati 2013)

12

Pengacara Terbaik (Informasi)

Rilla Melati (Rudy & Rilla Siri 4)

13

Bintang Cilik Terbaik

Nyla Esman (Ingat Tak Mak)

14

Drama Terbaik

Bingit Siri 2

(Mediacorp Eaglevision)

15

Drama Khas Terbaik

Tetap Anak Papa (Thinkplate)

16

Rancangan Hiburan Terbaik

Te:Ra Seh 2.0

(Mediacorp Eaglevision)

17

Rancangan Hiburan Khas Terbaik

Viva Elektra

(Mediacorp Eaglevision)

18

Rancangan Informasi Terbaik

Terbit (DV Studio)

19

Rancangan Kanak-Kanak Terbaik

O.M.G (DV Studio)

20

Arahan Terbaik (Drama)

Bingit Siri 2: Fantasi Biru

(Sanif Olek oleh Mediacorp Eaglevision)

21

Arahan Terbaik (Hiburan)

Viva Elektra

(Fadila A Wahid & Zaharian Osman oleh Mediacorp Eaglevision)

22

Skrip Terbaik (Drama)

Bingit Siri 2: Aku dan Avatar (Wan Firzaleenazrah oleh Mediacorp Eaglevision)

23

Skrip Terbaik (Hiburan)

Viva Elektra

(Wan Firzaleenazrah oleh Mediacorp Eaglevision)

24

Skrip Terbaik (Informasi)

Terbit

(Haryani Othman oleh DV Studios)

25

Videografi Terbaik (Drama)

Raya Sempurna

(Noor Azam Sheriff oleh Flipside Stories)

26

Suntingan Terbaik (Drama)

Bingit Siri 2 (Flashforward)

27

Desain Pembukaan Terbaik

Bingit Siri 2 (Flashforward)

28

Reka Imej Terbaik

Sinar Lebaran 2014

(Fatimah Mohsin oleh Eaglevision)

29

Lagu Tema Terbaik

Bingit Siri 2

(Mediacorp Eaglevision)

Tajuk Lagu:Mental

Pengarang:Reyza Hamizan

Penulis Lirik:Reyza Hamizan/Tukang Kata

Penyanyi:Eiss feat Tukang Kata

30

Rancangan Paling Popular

Mengejar Mentari

(Mediacorp Eaglevision)

31

Personaliti Lelaki Paling Popular

Imam Shah

32

Personaliti Wanita Paling Popular

Nurul Aini

33

Anugerah Perdana Emas

Puan Ponisah Bachik (Pon Bachik)