Sekadar Teman Elfaeza Ul Haq?

by

Salam 1 Malaysia Singapura semua! Belakang Parang kembali lagi untuk menyampaikan berita-berita yang sungguh sensasi. Kali ini tentu berita yang lebih meletup dan sungguh kebabom di Malaysia. Eh, Belakang Parang dah lama dengar tau, pelakon genit sedang meningkat naik yang berasal dari Singapura kini dihimpit kontroversi. Hmm, senyap punya senyap, sekali dia datang dengan kontroversi da. Korang tau tak?

Ha kalau tak tau, Belakang Parang boleh khabarkan. Sebelum tu, Belakang Parang nak ucapkanlah selangit-langit tahniah buat Elfaeza kerana telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Pesta Perdana ke-13 baru-baru ini. Berbalik pada cerita panas tadi tu, gini ceritanya, Pelakon Zul Ariffin yang namanya semakin popular sekali lagi dikatakan menjalinkan hubungan cinta secara rahsia bersama aktres Elfaeza Ul Haq dan kelihatan begitu mesra bersama pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Iya, anugerah ini masih hangat dibincang dan bermain di bibir-bibir pengkritik dan peminat media Malaysia. Termasuklah cerita Elfaeza yang disayangi Cik Joyah Sport dan Pak Mat kita.

Walaubagaimanapun, Zul menjelaskan gosip tersebut adalah mengarut dan menegaskan tidak mempunya kekasih lain selain Gayatri Su Lin Pillai. Spekulasi  Zul dan Elfaeza bercinta timbul selepas terbabit dalam penggambaran drama Janji Adam. Ini semua gosip, gosip, gosip tau. Jaga-jaga Mak Senah. Jangan nak berani-berani sebarkan gosip kat sungguh.com ya Mak Senah…

“Saya dah banyak kali cakap kekasih saya hanya Gayatri dan satu Malaysia sudah tahu benda itu. Yang mereka hendak tambah lagi kekasih saya kenapa? Jawab Zul Ariffin kepada wartawan Malaysia.

Belakang Parang teropong pakai teropong ajaib, Zul dan Elfaeza juga sebelum ini dilihat pernah keluar makan bersama di sebuah restoran di Damansara Perdana pada lewat malam. Ha, Buat apa tu? Eh, Belakang Parang tanya je. Jangan lah sentap Ye El…

Saya hairan orang masih bercakap begitu? Padahal tidak ada pun kami lepak (berdua). Kenapa suka-suka main tuduh, agak agaklah sebab mengarut saja. Kalau orang nak kupas benda macam itu dan kalau ada benda nak sorok, takkanlah saya nak buat depan orang ramai?”. Sambung Zul Ariffin lagi. Sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Online Portal berharap dengan penjelasan oleh Zul Ariffin ini, harapnya tiada lagi spekulasi atau tuduhan yang timbul mengaitkan Elfaeza Ul Haq dalam kehidupannya. Aww! Sweet. Ehsan Gambar: Murai.com

 

Sshhh: Tapi… kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang, ye tak?