Drama ‘REMPUH’: Sukan ragbi menjadi pilihan Raihan Halim

by

Team Sungguh telah menghadiri sesi media bersama para pelakon dan krew-krew drama terbaru yang bakal ditayangkan di saluran Suria tidak lama lagi. Dapat juga krew Sungguh melihat proses penggambaran mereka. Haaa nak tahu drama apa? Kepada mereka yang belum tahu lagi, inilahsebuah drama bertajuk “Rempuh” yang bakal mewarnai kaca televisyen anda mulai 15 Mei 2015! Wow nama siri drama ni sungguh kaw kaw!

 

 

Barisan pelakon bagi drama terbaru ini adalah Sani Hussin, Nessa Anwar, Farhanny Salim, Fiq Adella, Gloria Tan, Farhana M Noor, Atty Malek dan Yuslina Jaafar. Sungguh best! Nampaknya kaum wanita mengelilingi Abang Sani Hussin kita kali ini! Pengarah drama ini tidak lain dan tidak bukan, Encik Raihan Halim yang juga penerbit/pengarah siri drama “Firasat” dan filem “Banting”.

Dalam banyak-banyak sukan, sukan ragbi pula menjadi pilihan Raihan Halim. Bukan itu sahaja, drama ini berdasarkan kisah pasukan ragbi wanita. Ini merupakan sebuah produksi berunsur sukan yang masih belum pernah ke udara di saluran TV Melayu kita! Maklumlah, sukan ragbi merupakan sukan yang agak lasak dan memerlukan pemain-pemain yang kuat serta pantas dari segi mental dan fizikal.

 

Namun, jangan anggap pasukan ragbi kaum hawa tidak setanding dengan pasukan ragbi kaum adam. Drama ‘Rempuh’ akan membuktikan yang kaum hawa juga mempunyai keinginan masing-masing dan kekuatan yang setaraf dengan kaum adam dari segi mental.

“Pada pendapat saya, saya rasa ‘Rempuh’ ini jam packed with “Girl Power”. Jadi selalunya kalau kita lihat drama lain, dia punya karakter wanita tu akan macam dia ada nangis…. banyak nangis, very weak… dia tak kuat lah. Jadi ini like 360 degrees (turn). Ini macam female punya angst ah. Itulah yang buat dia lain sikit,”kata Farhana M Noor yang bermain watak kapten pasukan ragbi.

Apakah keistimewaan yang ada pada sukan ragbi yang membuatnya dipilih oleh Raihan Halim? Sebenarnya, drama ‘Rempuh’ ini diolah dan dihasilkan sempena sambutan acara sukan “SEA Games 2015” yang akan tiba tidak lama lagi. Selain itu, menurut tuan direktor, disebabkan oleh tanggapan yang jarang sekali kita lihat atau mendengar tentang kumpulan ragbi wanita, ia menjadi inspirasi buatnya untuk menghasilkan drama ‘Rempuh’ ini.

Malah, semua aksi yang akan anda tonton di kaca TV semua merupakan aksi-aksi secara realistik. Wanita-wanita yang memainkan watak para pemain ragbi ini telah menjalani latihan untuk memahami sukan ragbi dengan lebih mendalam.

 

Latihan itu juga memberi mereka anggaran tentang cara-cara bermain sukan ragbi itu. Selain daripada itu, anda juga dapat melihat bagaimana watak-watak yang tidak sehaluan boleh mengupas dan menjalin hubungan yang erat.

 

Drama ‘Rempuh’ ini mempunyai mesej yang bermakna yang tersembunyi di bawah lakonan-lakonan yang menonjolkan semangat kental yang ada pada pasukan ragbi wanita.

Seperti yang dikatakan oleh Sani Hussin ketika diwawancara oleh krew Sungguh, “Kalau awak bekerja kuat, kalau awak nak kan sesuatu… benda-benda yang atau perkara-perkara yang mungkin tidak boleh dicapai, boleh dicapai. So, apa yang awak nak capai dengan kerja keras dan ada sifat ingin maju jaya.”. Haaa kata-kata perangsang yang amat mendalam dari pelakon veteran kita yang akan memainkan watak sebagai pelatih kumpulan ragbi ini.

Jadi apa lagi? Nantikan kehadiran para pelakon yang berbakat ini di dalam drama terbaru ‘Rempuh’ yang akan “merempuh” kaca televisyen mulai 15 Mei, jam 8.30 malam hanya di Suria!