Scha terima kritikan, cukuplah Lara sihat

by

Semua sedia maklum, pasangan dua sejoli, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari kini sudah memiliki seorang anak yang bernama Lara Alana. Kehadiran Lara Alana yang aktif, cantik, sihat sempurna telah mengembirakan peminat setia Scha & Awal dan menghiburkan 1 Malaysia Singapura dengan gelagat dan keletahnya. Mummy dan daddy Lara siap buatkan 1 instagram khas untuk tatapan peminat tau. Boleh lihat di sini. https://instagram.com/laraalanaa/ Dah ada 473K followers tu. Pengsan Belakang Parang bila dapat tahu!

Sebelum ni, kecohlah jugak 1 Malaysia Singapura, bila Awal Ashaari pernah keluarkan kenyataan bengang dengan peminat yang tegur hidung Lara Alana. Awal bersuara lantang apabila fizikal anaknya ditegur peminat. Berbeza pula bagi Scha Al Yahya yang agak tenang menghadapi perkara itu, dan dalam masa yang sama menjelaskan ada garis antara mahu menasihati dan kecenderungan menjadi biadap. Yang korang ni pon 1, kenapalah sibuk sangat hal anak orang ye? “Eh, baby tu hidung peseklah, gemuklah, kurus macam tak cukup makanlah”. Jangan begitu Kak Pah. Tak baik. Apa kata Kak Pah ukur kain sendiri, tingkatkan prestasi hidup, memperbanyakkan amalan mulia dan mengelakkan perangai mengata baby orang lain. Ni Belakang Parang nak ingatkan ni, sekalipun Scha dan suaminya bergelar figura awam atau dikatakan menjadi hak masyarakat, itu tidak bererti orang ramai bebas untuk berkata apa saja mengenai kehidupan mereka. Belakang Parang marah ni. No, no, no, no…

“Sebagai artis, saya kena pandai menerima apa saja kritikan mahupun nasihat. Saya tak boleh larut atau alpa dengan semua ini. Kena cepat sedar. Cuma saya berasakan hal ini tak patut terjadi kerana ia membabitkan seorang bayi. Lara tak tahu apa. Bagi saya, cukuplah dia sihat dan cukup sifat. Itu pun saya dah bersyukur. Kalau Awal, tahulah dia memang sangat lantang. Kalau dia geram atau marah memang dia akan lepaskan perasaan yang bertandang itu terutama perkara yang disentuh itu berkait rapat dengan orang yang dia sayangi”. Jawab Scha dengan tenang kepada wartawan Berita Harian Online Malaysia.

 

Belakang Parang dan sungguh.com, Singapore’s Malay Entertainment Portal mendoakan kebahagiaan keluarga Scha & Awal. Semoga dengan kehadiran si cilik Lara Alana, dapat menceriakan lagi keluarga kecil Awal Ashaari.