Fatimah Mohsin Baru Melancarkan Label Terbarunya

by

Baru-baru ini, pemenang “Pereka Imej Terbaik” Pesta Perdana 13 telah melancarkan label terbaru mereka yang dinamakan “White by Fatimah Mohsin”. Sesi pelancaran mereka turut dihadiri oleh para selebriti Suria dan juga sahabat handai kumpulan Fatimah Mohsin Singapore. Justeru itu, team Sungguh telah pun mengadakan wawancara dengan pemilik Fatimah Mohsin Singapore iaitu Puan Fatimah Mohsin, untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai label terbarunya ini. 

Koleksi-koleksi dan rekaan Fatimah Mohsin Singapore juga amat diminati oleh kalangan pemudi di Singapura, terutama sekali para bakal pengantin dan selebriti wanita Suria. Tentu para pembaca dan peminat Fatimah Mohsin juga ingin tahu lebih lanjut tentang koleksi “White by Fatimah Mohsin bukan? Ayuh kita ungkap cerita disebalik label terbaru mereka dan kemajuan Fatimah Mohsin Singapore setakat ini!

 

Sungguh!: Anda baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Pereka Imej Terbaik dalam Pesta Perdana 13. Apakah perasaan anda bila memenangi anugerah tersebut?

Fatimah: Perasaan saya pada ketika itu amat terkejut dan teruja, kerana pada waktu itu saya berada di Paris untuk sesi fotografi bersama pasangan pengantin. Saya diberitahu oleh Team Fatimah Mohsin saya melalui whatsapp yang kami telah dinobatkan anugerah Pereka Imej Terbaik. Syukur Alhamdullilah, ini semua hasil kerja dari semua yang terlibat   dan lah memberikan masa yang sepenuhnya untuk membawa Fatimah Mohsin Singapore ke tahap yang lebih tinggi, InsyaAllah ke antarabangsa.

Sungguh!: Setelah menerima anugerah tersebut, permintaan pelanggan akan meningkat dan anda harus terus memberikan yang terbaik, malah lebih baik lagi untuk memenuhi permintaan pelanggan anda. Adakah payah untuk mengekalkan kedudukan syarikat ini memandangkan ada banyak lagi syarikat lain yang melakukan perniagaan yang serupa?

Fatimah: Dalam bidang ini sememangnya ada saingan. Menang atau tidak, itu adalah adat pertandingan. Kemenangan adalah satu anugerah untuk kami mengekalkan imej dan reputasi kami. Harapan kami ingin meningkatkan kualiti kerja ke arah yang lebih baik.

Sungguh!: Apakah maksud disebalik “White by Fatimah Mohsin” ? Ada tak cerita dan idea tentang label terbaru ini?

Fatimah: Sememangnya idea ini tercetus dalam sepanjang dua tahun ini. Kami banyak membuat penyelidikan untuk memaparkan koleksi ready-to-wear untuk pengantin kami. Selain daripada menjemput pengantin kami untuk datang dan memilih koleksi untuk hari istimewa mereka, kami mahukan yang lebih senang dan ringkas. Ramai yang telah membuat tempahan baju pengantin dari luar negara dan secara online.

Idea kami tercetus demi untuk mempermudahkan proses pelanggan kami. Memaparkan koleksi kami secara online dengan kerja tangan yang berkualiti dan bermutu, kami berharap ia dapat menambat hati pelanggan dengan koleksi kami dari pernikahan, pertunangan dan koleksi ready-to-wear yang baru-baru ini telah diperkenalkan.

Sungguh!: Kami mendapat tahu bahawa anda mempunyai seorang pereka fesyen yang bernama Amerylis Suha, yang turut membantu dalam rekaan terbaru bagi koleksi “White by Fatimah Mohsin”. Apakah cabaran-cabaran yang anda lalui dan sekiranya idea anda bercanggah, bagaimana anda mengatasinya?

Fatimah: Visi dan konsep kami tidak bercanggah walaupun misi saya untuk mengekalkan emej dan mempertingkatkan mutu kerja masih dibawah pemantauan saya. Reka bentuk idea dari golongan muda ini telah melahirkan idea-idea yang dapat memberikan hasil kerja yang membawake tahap yang lebih

                                                            

Sungguh!: Ini kali pertama syarikat anda melancarkan koleksi secara online. Apa yang membuatkan anda bercadang untuk melakukan sedemikian? Adakah kerana banyak syarikat lain yang melakukan perniagaan online?

Fatimah:Melancarkan koleksi secara online sememangnya berdaya saing, namun setelah 15 tahun dalam industri ini, kami harus mempertingkatkan syarikat kami supaya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan dari seluruh dunia.

Sungguh!: Kini, banyak pereka design dan butik-butik yang membawa trend “Modern Traditional Wear”. Bagaimana anda memastikan yang rekaan bentuk dari koleksi “White by Fatimah Mohsin” ini lain daripada yang lain berbanding dengan rekabentuk yang sedia ada di pasaran?

Fatimah: Quality dan classic beauty. Saya bangga dengan koleksi yang telah dilahirkan dan telah meletakan reka bentuk Fatimah Mohsin ke satu tahap yang dapat menentukan reka bentuk kami telah dibentuk dengan menggunakan fabrik fabrik yang eksklusif dan yang terbaik untuk koleksi kami dan juga mutu terbaik untuk pelanggan kami.

Sungguh!: Anda sudah lama terlibat dalam bidang rekaan fesyen untuk perkahwinan dan sebagainya. Kami ingin tahu, bagaimana agaknya anda mendapat inspirasi untuk mereka design-design baru?

Fatimah: Inspirasi dan idea datangnya dari mana-mana kita berada, senantiasa up-to-date. Melibatkan diri dalam show-show. Merantau ke luar negera untuk mendapat lebih inspirasi.

Sungguh!: Adakah anda mempunyai sesuatu inspirasi yang khusus yang memberi anda idea untuk rekaan anda secara umum dan juga bagi koleksi “White by Fatimah Mohsin”?

Fatimah: Koleksi keseluruhan harus mempunyai tema dan trend. Untuk koleksi White By Fatimah Mohsin secara keseluruhan bertemakan; Classic, muted, pastel, softness, sweet & demure. Malahan koleksi pengantin kita terdiri daripada menggunakan fabrik jenis vintage, design and potongan khusus yang mempunyai inspirasi dari luar negara secara keseluruhannya.

Sungguh!: Siapakah di antara mereka yang telah banyak memberi anda sokongan padu dalam perniagaan ini?

Fatimah: Keluarga, kawan, dan terutama sekali team Fatimah Mohsin. Dengan kumpulan team Fatimah Mohsin yang telah banyak memberi banyak idea idea yang segar yang dapat memperkembang sayap kami.

Sungguh!: Apakah kata-kata perangsang bagi mereka yang baru menceburi atau ingin menceburi bidang rekaan fesyen, kerana anda lebih berpengalaman dan berjaya dalam industri ini?

Fatimah: Jangan berputus asa, teruskan berusaha  dan kerja kerasa adalah kunci bagi segalanya kerana kita bermula dari bawah dan setiap perjuangan yang kita lalui membawa kita ke tangga kejayaan.

Sungguh!: Apakah harapan anda bagi “White by Fatimah Mohsin” dan perniagaan anda secara keseluruhan?

Fatimah: Harapan saya, keep doing what I love doing to do. Memberikan kata-kata perangsang dan inspirasi untuk anak-anak muda kita yang baru sahaja. Menjaga mutu kerja kami dengan lebih baik.

Sungguh!: Apakah rancangan anda selepas ini?

Fatimah: Rancangan saya selepas ini adalah meluangkan masa bersama keluarga dan sekaligus memberi peluang pada generasi yang muda-muda dari Team Fatimah Mohsin Singapore untuk memperkuatkan lagi idea-idea yang lebih segar untuk masa hadapan kita.

 

                   

 

Krew Sungguh berharap, para pembaca dan peminat Fatimah Mohsin Singapore telah pun mendapat sedikit sebanyak informasi tentang label “White by Fatimah Mohsin” melalui wawancara kami bersama Puan Fatimah Mohsin.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah koleksi terbaru ini bagi sambutan Hari Raya yang bakal menjelang ataupun bagi menghadiri majlis perkahwinan, lungsuri lah lelaman “www.whitebyfatimahmohsin.com” untuk melayari koleksi-koleksi terbaru mereka yang moden dan eksklusif .

Tempahan dibuka sehingga 15 Jun 2015. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mengenakan koleksi terbaru “White by Fatimah Mohsin” yang akan menyerlahkan lagi keanggunan anda.

Akhir kata, krew Sungguh ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Fatimah Mohsin Singapore atas kejayaan mereka sehingga ke hari ini dan teruskan  usaha bagi mengekalkan industri fesyen yang Sungguh! Hot, Hip, Cool da